Cemas! PDRM Gunakan Pistol Untuk Hentikan Kereta Berisi Dadah
LARI DARIPADA POLIS
Petang kelmarin (18 Mei), pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat mengejar sebuah kereta Nissan Teanna Hitam (JPY 2796).
Sumber: Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis
Pada awalnya, polis yang mengawal lalu lintas di Jalan Genting Klang ternampak dua lelaki yang mencurigakan, menaiki kereta terbabit.
Dan apabila dihampiri untuk pemeriksaan, suspek memecut pergi ke arah Jalan Gombak, melalui jalan raya bertentangan.
Sumber: Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis
POLIS TEMBAK KERETA SUSPEK
Mulanya, polis berjaya menyekat perjalanan kereta tersebut dek kesesakan jalan raya.
Justeru, polis berkenaan turun dari motosikalnya untuk menyuruh pemandu berhenti.
Sumber: Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis
Namun, oleh kerana suspek enggan memberi kerjasama, polis tersebut terpaksa melepaskan dua das tembakan di tayar hadapan sebelah kanan kereta dan memaksa buka pintu pemandu.
Sumber: Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis
Sumber: Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis
Akan tetapi, suspek tetap dapat berdesut hingga ke DUKE Highway sebelum meninggalkan kereta terbabit terbengkalai di pembahagi jalan.
DADAH DITEMUI DALAM KERETA
Siasatan awal menunjukkan bahawa kereta Nissan demikian adalah kepunyaan seorang wanita 62 tahun.
Walau bagaimanapun, tiada wanita kelihatan semasa kejadian itu berlaku.
Dalam pada itu, PDRM menambah bahawa mereka telah menemui sepaket dadah yang disyaki Syabu.
Sumber: Solusi.com
PDRM menggesa orang ramai untuk memberi informasi bagi membantu dengan siasatan.
Luahan wartawan: Kesian makcik 62 tahun tu. Tak pasal-pasal nanti dia jadi suspect.
Alang-alang check rumah satu-satu masa Raya, cari sekalilah the suspects. Aku syak dorang tengah sembunyi dalam rumah usang, dekat dengan hutan-hutan. Dalam rumah tu, ada mesin-mesin, plastic segala untuk dorang buat dadah. I know my shit. Aku banyak tengok Gerak Khas.
Kalau tak jumpa jugak, panggil balik Sarjan Hashim. Dia boleh tumpaskan penjenayah-penjenayah ni.
Sumber: Google