top of page
Writer's pictureLintah Darah

Cara-cara Mengelak Terkena Sihir Duit


Cara-cara Mengelak Terkena Sihir Duit

Meskipun dunia kini serba moden, penggunaan sihir masih berleluasa khususnya di kalangan masyarakat Melayu Nusantara, demi menjatuhkan ‘musuh’ — atau lebih tepat lagi, orang yang tidak disukai.


Menurut seorang pengamal perubatan di Facebook, antara amalan sihir ‘popular’ adalah sihir duit, yang kerap digunakan susulan perasaan iri terhadap pesaing mahupun kejayaan seseorang.

yang kerap digunakan susulan perasaan iri terhadap pesaing mahupun kejayaan seseorang

Dan katanya, sihir duit sering terjadi kepada para peniaga gerai dan restoran bagi menyekat pendapatan pegerai tersebut.


CARA MENGELAK TERKENA SIHIR DUIT


Oleh demikian, pengamal perubatan ini telah mengongsi beberapa cara untuk mengesan dan mengelakkan diri daripada sihir duit.


1. Sekiranya pelanggan memberikan duit menggunakan tangan kiri sedangkan tangan kanan diletakkan dalam saku atau di belakang, jangan ambil duitnya.

nah

2. Jika sudah terambil wang yang digunakan bagi tujuan sihir — contohnya wang yang dilekatkan dengan lidi kecil — pengamal perubatan berkenaan mencadangkan agar ambil wuduk dengan segera.


Selepas itu, ambil segelas air dan bacakan surah Sulaiman dan Al-Falaq tiga kali sebelum meletakkan secubit garam atau seketul garam kasar dalam gelas tersebut.


Lafazkan Lahaulawala Quwwatailla Billa sebelum meminum dan gunakan air jampi yang sama untuk membasuh muka dan tangan.

Lafazkan Lahaulawala Quwwatailla Billa

Contoh wang yang digunakan untuk sihir duit.

REAKSI WARGANET


Berikutan pos tersebut, yang telah menjana 4.7 ribu kongsian menerusi laman Sabah Tular di Facebook, seorang warganet mengongsi pengalamannya disihir.


“Saya dan suami berniaga laris sangat. Tapi hari-hari ada duit syiling merata-rata.


“Sebelum mula niaga selalu jumpa duit syiling di lantai tapak perniagaan padahal tempat itu selalu disapu dan disiram dengan air,” kata wanita itu, yang menjalankan perniagaan burger.

duit

Gambar hiasan


Tidak tahu-menahu tentang sihir duit, wanita ini berkata dia dan suaminya mengutip syiling-syiling tersebut dengan tangan.


Namun akibat ‘kesilapan’ mereka dalam cara mengutip syiling yang bertaburan, pasangan ini mula hilang semangat untuk berniaga dan suaminya pula menderita daripada sakit kaki.


Tambah wanita ini, wang RM5 juga kerap ditemui dalam keadaan digunting-gunting dan terdapat tanah merah di depan gerainya.


Mujur, mereka telah diberi petua dan kini, tidak mengutip lagi duit yang bertaburan.


Luahan wartawan: Kenapalah kena jatuhkan orang lain. Kalau nak berjaya, usahalah. Dah lah pemalas, pedengki. Dah tu aniaya orang. Nanti dah mati lagi banyak benda kena tanggung. Tolonglah jangan jatuhkan orang lain macam ni. Tak gentle.


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page