top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Caprice Keluarkan Single Berjudul Tigers Of AlQuds Sebagai Bukti Perjuangan Palestin


Caprice Keluarkan Single Berjudul Tigers Of AlQuds

Pasti ramai yang tertanya-tanya:


“What is on the news today?”


Well, berita gembira buat semua! Penyanyi rap Caprice akhirnya berangkat pulang ke Malaysia hari ini (6 September) selepas menjalankan misi jihadnya di Mesir dan Jordan selama lebih dua bulan.

Penyanyi rap Caprice

Akhirnya! Bang bang bang!


Hal tersebut diumumkan menerusi saluran Telegram miliknya malam semalam, di mana penyanyi 33 tahun ini meminta maaf kepada para peminat kerana “melewatkan kepulangannya” ke tanah air tercinta.

selepas menjalankan misi jihadnya di Mesir dan Jordan selama lebih dua bulan

No biggie, Cap. Kita maafkan hang!


Kongsi Caprice, kepulangannya ditangguhkan kerana “sebahagian daripada misinya memakan masa”.


Selama di Timur Tengah, Caprice sibuk dilihat:


1) mengelolakan perjumpaan bersama individu-individu berkuasa;

Last meeting of the night with his excellency Walid Abu Ali the ambassador of Palestine in Malaysia

Last meeting for the night

2) membeli ole-ole dari Palestin buat rakyat Malaysia, sehinggakan dia memerlukan sebuah lagi beg untuk mengisikan barang-barang dibelinya;

left Malaysia with 1 bag sebab fikir akan travel 3 minggu je. last2 balik dgn 2 bag

3) terlantar di hospital sambil menge-chui jururawat;

fever + panic attack. nasib baik nurse2 dekat sini MasyaAllah

4) memalitkan nama Ustaz Ebit Lew dalam kontroversi;

Alhamdulillah. Nampaknya tercapai jua agenda jihad #rapatkansaf2040 Caprice

5) dan merakamkan single terbaharunya, “Tiger of AlQuds”. Roar!

Milestone 1

Berdasarkan snippet yang ditayangkan, lagu tersebut menampilkan Caprice meronda-ronda di sekitar padang pasir dalam sebuah Range Rover mewah.

Instagram, Caprice Official

Sumber: Instagram, Caprice Official


Difahamkan, lagu tersebut akan dikeluarkan pada 10 Oktober nanti.

Berikutan kepulangannya, Caprice memohon kepada orang ramai untuk mendoakan agar dia selamat pulang ke Malaysia.


Tambah anak Negeri Sembilan ini, yang mempunyai slanga omputih dan Kedah, dia perlu menjalani kuarantin selama 10 hari di Malaysia sebelum boleh menguruskan perniagaannya yang lama tertunggak.


Dalam pada itu, Caprice, atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, mengujarkan bahawa dia merancang untuk kembali ke Mesir pada bulan Disember.

capriceofficial

Terdahulu, Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Julai bagi menyertai misi bantuan kemanusiaan.


Walau bagaimanapun sehingga kini, dia masih belum dibenarkan masuk ke Gaza.


Sumber gambar-gambar: Caprice

Luahan Wartawan: Alhamdulillah. Nampaknya tercapai jua agenda jihad #rapatkansaf2040 Caprice. Walaupun cukur kening, ternyata Caprice seorang pejuang Islam yang hebat. Semoga lagu ‘Tiger of AlQuds’ Caprice merapatkan lagi ukhuwah umat Islam sedunia. Pasti rakyat Malaysia menanti-nantikan kepulangan Caprice <3 Bang bang bang!


Listen to Plan B’s Podcast this week!



Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page