top of page
Writer's pictureLintah Darah

Cabaran Menderma Sedolar Suka-Suka Menjadi Serious, Ratusan Terkumpul, Diberikan Nur Insan


Cabaran Menderma Nur Insan

Usikan pengguna Facebook Izaac Soloman kepada rakan-rakan internetnya berubah menjadi perbuatan mulia setelah gurauanya itu diambil serius.


Tiga hari lepas (25 Ogos), Izaac mengajukan ‘cabaran’ kepada para pengikut laman Facebook OKLETSGO Fans untuk memindahkan $1 ke dalam akaun banknya menerusi PayNow.

Izaac Soloman

Menganggap posnya bukan main-main, hanya dalam beberapa jam, tujuh rakan internet Izaac — yang juga dikenali sebagai bloods — memindahkan wang setelah meminta nombor telefon bimbitnya.


Lantaran itu, Izaac membuat pengakuan bahawa pos tersebut “sekadar gurauan semata-mata”.


Dalam pada itu, dia turut menyampaikan hasratnya untuk mendermakan wang yang dikumpul kepada madrasah percuma Nur Insan pada hari Jumaat.

madrasah percuma Nur Insan pada hari Jumaat

Bermula dari situ, lebih ramai pengikut laman berkenaan mula membuat derma. Berikut merupakan peningkatan dalam segi jumlah penderma dan dana yang dihulurkan:

27 Ogos (pagi)

  1. $130 (46 penderma)

27 Ogos (malam)

  1. $237 (60 penderma)

28 Ogos (pagi)

  1. $354 (73 penderma)

Pengumpulan dana telah berakhir tengah hari tadi (28 Ogos), sehari sebelum Hari Asyura — hari ke-sepuluh dalam bulan Muharram, iaitu bulan pertama dalam kalendar Islam.


Sumbangan $705 oleh 96 penderma telah dipindahkan ke akaun Nur Insan oleh seorang lagi blood, Azri, bagi pihak Izaac.

Nur Insan

“Amanah telah disampaikan sebentar tadi. Semoga Allah SWT memberkati, merahmati dan mencukupkan rezeki kita semua,” umum Azri di Facebook sejurus selepas menyampaikan sumbangan para bloods OKLETSGO kepada Nur Insan.


Nur Insan merupakan institusi pendidikan Islam tempatan yang mengelolakan madrasah secara percuma.


Untuk ketahui lanjut tentang khidmat Nur Insan  atau membuat dermaan, lungsuri www.nurinsan.sg.


Luahan wartawan: Wow tak sangka..Aku ada nampak the post masa dia baru share. Tapi dalam hati macam:


“Nonsense ah mesti social experiment. Confirm takde yang nak kasi punya lah.” I mean, who would give another adult money “for fun” kan?


Sekali ada. At first 7 yang kasi to react to the “dare”. Bila dia announce dia nak buat amal, makin ramai yang transfer. Sejuk hati aku. Dapatlah jugak Nur Insan gunakan duit tu untuk beli kemudahan baharu dan sebagainya.


Alhamdulillah, ini baru blood ?❤️ Korang janga gaduh-gaduh okay? Jangan post auction dalam page jugak. Nanti jadi hal.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page