Buku Playboy Hishammudin Terpampang Di Twitter
Pada malam 20 April, Menteri Luar Negeri Malaysia, Hishammudin Hussien, memuat naik gambarnya mengadakan mesyuarat bersama Pemangku Perdana Menteri United Kingdom (UK), Dominic Raab, tentang pendidikan dan usaha menangani COVID-19.
Gambar yang dipetik, berlatarbelakangkan koleksi buku di kediamannya, walau bagaimanapun telah menarik perhatian warganet atas sebab yang ‘salah’.
HISHAMMUDIN THE NAUGHTY BOY
Jika dilihat dengan teliti, terdapat sekeping buku Playboy di antara koleksi buku menteri itu.
Kalau tak tahu, Playboy merupakan majalah yang dibanjiri dengan gambar-gambar wanita bogel.
Sumber: Britannica
Namun, tidak seperti buku atau majalah Playboy lain, buku kepunyaan Hishammudin sebenarnya tidak begitu eksplisit.
Bertajuk ‘The Book of Cigars’, buku Playboy tersebut sebenarnya mengandungi sejarah dan maklumat tentang cerut (cigar).
Sumber: Stogie Fresh
Tidak begitu M18.
Sumber: Warren Masson Design
Cuma ada beberapa gambar wanita seksi sahaja. Difahamkan, Hishammuddin merupakan seorang penghisap cerut. Jadi mungkin beliau membeli buku tersebut atas dasar ilmiah. Tapi…kan boleh Google ?
I like a naughty daddy!
Comments