Budaya “Bao Toh Kia”
Sumber: google, mfimiami https://mfi-miami.com/2020/03/wayne-david-collins-rat/
Jangan mencari penyakit di musim wabak ini.
Sudah hampir sebulan telah kami melalui pemutus litar di Singapura dan pelbagai ragam manusia dapat kita lihat melalui rakaman, posting dan juga gambar-gambar yang dipaparkan di media sosial. Namun, adakah ia betul di sisi undang-undang untuk merakam dan memaparkan gelagat mereka tanpa izin?
Sudah menjadi lumrah, manusia akan memberontak apabila diri mereka terasa dikongkong walaupun ia untuk kebaikan buat keseluruhannya. Ada yang akan mencuba mencari peluang untuk melepasi undang-undang pengawalan sementara dan ada juga yang akan mengambil kesempatan untuk menjadi “social vigilante”.
Sumber: google, reddit
Kemungkinan, dengan niat yang ingin menolong menguatkuasakan apa yang telah disarankan kerajaan, sebuah group facebook “SG Covidiots” telah ditubuhkan. Namun, ia kerap diperhatikan bahawa ada sesetengah daripada mereka yang menginginkan perhatian dengan memuat naikan rakaman serta gambar-gambar orang lain sedang melakukan pelbagai aktiviti tanpa memakai pelitup muka ataupun merokok bersama di suatu tempat walaupun mangsa-mangsa yang telah dirakamkan melakukan aktiviti itu secara berseorangan.
Sumber: SG Covidiots, Facebook
Sumber: SG Covidiots, Facebook
Ada juga rakaman-rakaman video yang menggambarkan seseorang individu berkelakuan kurang sopan pada cara yang diambil untuk menegur mereka yang beriadah di luar tanpa memakai pelitup muka. Ia berbaur perkauman kerana mangsa-mangsa yang ditegur itu adalah dari satu kaum.
Sumber: Twitter @PrakashGreen
Malangnya, wabak ini telah memaparkan sikap manusia yang negatif seperti disebutkan diatas. Ini bukannya masa untuk mencari kesilapan orang lain, namun ia adalah masa untuk kami bersatu dan saling mengingatkan antara satu sama lain untuk berteguh menghadapi cabaran yang akan datang.
Ada pelbagai sebab mengapa seseorang itu tidak menggunakan pelitup muka ataupun berada di luar walaupun telah disarankan untuk duduk di rumah. Niat untuk mengingatkan itu baik tetapi ada cara dan adabnya. Dengan menjadi “peniup wisel” tidak bergaji hanya mengundang kemarahan orang lain dan akan mencipta lingkaran ganas dimana kita akan memula memakan antara satu sama lain.
Sumber: Google Images
Be kind, it costs nothing.
Tidak semua yang berasa selamat di rumah dan tidak semua mempunyai persekitaran yang kondusif untuk berada di rumah sepenuh hari. Jikalau terlihat sesiapa yang terlupa membawa pelitup muka, ada lebih baik kalau diberikan pelitup yang ekstra daripada merakam mereka tanpa izin.
Mari kita bersama-sama saling ingat-mengingatkan dan jika ada yang ingin diluahkan pada sesiapa, kita menasihati mereka dengan cara yang lembut, tanpa memalukan mereka di media sosial. Kerajaan juga telah mengajikan individu-individu untuk menjadi “social distancing ambassadors”, biar saja mereka yang menjalankan tugas mereka dengan amanah.
Luahan hati wartawan: Bingit. Terlalu ramai individu yang berperangai “holier-than-thou”. Melihat dan membaca komen-komen sesetengah netizen memang membarakan hati.
I understand calling out culture and it is not wrong, tetapi ada adab dan caranya untuk menasihati dan menegur orang lain terutamanya golongan yang berumur dan juga yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris dan juga media sosial.
Ada lebih baik kalau kita bekerjasama untuk membantu antara satu sama lain daripada berlumba-lumba untuk menjadi social vigilante yang tidak bergaji. Bulan baik ini, jangan cari kemarahan orang, hilang berkat dan pahala. Remember, snitches get stitches as shown by a recent controversy started by a certain has-been artist.
Original article: https://sg.news.yahoo.com/comment-no-need-to-be-a-rat-in-this-pandemic-043109157.html
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg