Budak Penjual Gorengan Dibuli, Ditolak Jatuh. Warganet Bersimpati
Video-video sekumpulan belia membuli seorang kanak-kanak gempal tular di Facebook dan Twitter sejak semalam (17 Mei).
DISERGAH DAN DITERTAWAKAN
Pada video pertama, seorang lelaki menyergah kanak-kanak 12 tahun ini, yang sedang dalam perjalanan untuk menjual gorengan.
(Sumber: Twitter, @Panggilsajabi2)
Belia-belia ini bersembunyi di sebalik pohon-pohon semata-mata untuk mengejutkan kanak-kanak ini.
Kanak-kanak itu dilihat cuba untuk mengayuh pergi daripada pembuli-pembuli tersebut.
Akan tetapi, oleh kerana jalan raya pada hari berkenaan basah, kanak-kanak ini hilang kawalan basikalnya lalu terpelanting ke rumput.
Sumber: Twitter, @Panggilsajabi2
Tatkala melihat kejadian ini, tukang rakam, iaitu seorang perempuan, mentertawakan nasib budak itu.
Sumber: Twitter, @Panggilsajabi2
Jatuh tersembam.
pic.twitter.com/IwzSYWcJJj — maunyapa_ (@Panggilsajabi2) May 17, 2020
DISEPAK SAMPAI TERGOLEK
Dalam kejadian berasingan, seorang belia berbaju kelabu dilihat menolak budak lelaki yang sama.
Sumber: Twitter, @Panggilsajabi2
Sementara si baju kelabu mengharuk budak tidak bersalah ini, kawan-kawannya ketawa terbahak-bahak.
Berang barangkali, budak lelaki itu cuba mengopak nombor plat pada motor belia berbaju kelabu — seolah-olah memberi isyarat bahawa dia tidak gentar akan mereka.
Sumber: Twitter, @Panggilsajabi2
Percubaan untuk nampak kuat.
Namun, kegagalannya untuk tunjuk hero hanya memberangsangkan belia berkenaan untuk terus mengasarinya.
Sumber: Twitter, @Panggilsajabi2
Dengan penuh daya, belia ini menampar bahu budak itu.
Kali ini, budak 12 tahun itu, yang sekali lagi dalam perjalanan untuk menjual gorengan, disepak dan ditolak, sehinggakan dia tergolek dari jalan tar ke rumput.
Sumber: Twitter, @Panggilsajabi2
Basikalnya yang dimuatkan dengan gorengan terjatuh tatkala diserang.
Penjual gorengan di Pangkep Bonto-bonto di bully gini, sedih banget saya ini nontonnya pic.twitter.com/PukiyoOOxL — maunyapa_ (@Panggilsajabi2) May 17, 2020
Dalam keadaan terkial-kial, kanak-kanak ini cuba membangkitkan dirinya kembali sementara disaksikan dan diolok belia-belia itu.
Sumber: Twitter, @Panggilsajabi2
Hilang imbangan semasa cuba membangkitkan dirinya.
Sumber: Twitter, @Panggilsajabi2
Terkial-kial bangun.
pic.twitter.com/rNnzjvyPIf — maunyapa_ (@Panggilsajabi2) May 17, 2020
REAKSI WARGANET
Sudah tentu, pembuli-pembuli berkenaan dikutuk warganet.
Lebih-lebih lagi, pembuli berbaju kelabu dek ketidakseimbangan tubuhnya.
Di samping itu, ada juga mendoakan agar kanak-kanak terbabit dilindungi-Nya.
GENG BULI SUDAH DIBERKAS
Kejadian yang didakwa berlaku di daerah perkampungan Ma’rang, Indonesia, telah menjana 198,000 kongsian di Facebook sebelum ia dipadamkan.
Mujur, pihak polis telah berjaya memberkas pesalah-pesalah berkenaan sebelum bukti dihapuskan.
Sumber: Indozone
Disoal di balai.
Menurut laporan Indo Zone pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas pembuli-pembuli ini.
Doer has been arrested by the police pic.twitter.com/JArBIoElgM — maunyapa_ (@Panggilsajabi2) May 18, 2020
DIHADIAHKAN BASIKAL BAHARU
Susulan penularan itu juga, orang kampung telah membelikan budak 12 tahun berkenaan basikal baharu.
Sumber: Twitter, @Panggilsajabi2
Semoga hidupnya tenang dengan ketiadaan setan-setan itu.
Luahan wartawan: Lame. Bully budak kecik. Abeh attack ramai-ramai. Tak fierce langsung.
Dah lame, bodoh pulak tu. Buat jahat diam-diam lah buat apa nak record. Padan muka sekarang meringkuk dalam lokap. Bagus. Kau celebrate lah lailatul qadar dalam cell dengan members kau.
Comments