top of page
Writer's pictureLintah Darah

Budak Kecik Belikan Sushi Seorang Diri Untuk Ibu Kerana Penat Bertugas


Budak Kecik Belikan Sushi Untuk Ibu

Tidaklah sukar untuk melahirkan penghargaan terhadap seseorang.


Pada 24 Ogos, penjual sushi di Taman Bukit Anggerik, Kuala Lumpur, Marcus, berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki berhati mulia.


Kata Marcus dalam posnya di Facebook, budak lelaki Cina bertanggungjawab ini mengisi maklumatnya di dalam buku log yang disediakan terdahulu sebelum membuat pembelian.

mengisi maklumatnya di dalam buku log yang disediakan terdahulu sebelum membuat pembelian

Sumber: Facebook


Selanjutnya, apabila ditanya Marcus mengenai bilangan ahli keluarga yang bakal menjamu selera di gerainya, kanak-kanak itu memberikan jawapan menyentuh hati:


“Saya datang seorang diri untuk membeli sushi buat ibu saya. Dia kerja keras jadi, saya hendak belanjanya sesuatu.”

Saya datang seorang diri untuk membeli sushi buat ibu saya. Dia kerja keras jadi, saya hendak belanjanya sesuatu

Gambar hiasan. Sumber: Google


Namun, ketika membuat pembayaran, Marcus berkata kanak-kanak itu kurang seringgit untuk membayar bilnya yang berharga RM17 (S$5.48).


Menutup sebelah mata, Marcus mengetepikan sahaja bayaran tambahan RM1.

Menutup sebelah mata, Marcus mengetepikan sahaja bayaran tambahan RM1

Kanak-kanak itu dikatakan mengucapkan terima kasih lalu pulang dalam keadaan girang.


Luahan wartawan: Alahai comelnya…So thoughtful of him. Proves that kids can be angelic❤️ Tapi memang kadang-kadang tu cekik darah jugak lah ?


On this note, marilah memperingatkan diri masing-masing untuk treat others nicely. Tak payah sushi pun. Kadang-kadang sebiji gula-gula pun mampu menceriakan seseorang, especially after a long and busy day at work or in school.


Dan janganlah berkira sangat. Kalau brape sen ke dolar tu, tak payahlah tuntut. Kita belanja orang, cukup hari, orang lain pula belanja kita. Let’s make the world a happier place 🙂


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page