top of page

Budak ‘Fedup’ Kena Masuk NS Semasa Raya, Buat Lagu

Writer: Chap ChaiChap Chai

Budak Fedup Kena Masuk NS

Suay itu apabila anda terpaksa enlist pada Hari Raya kedua.


Namun, buat penulis lagu ini, pengalaman beraya di Pulau Tekong pada 2 Syawal 2016 (7 Julai 2016) merupakan sumber inspirasi untuk menulis single terbarunya, ‘Baju Raya Hijau’, yang dikeluarkan pada malam raya lalu.


HIKMAH SEBALIK BERAYA DI TEKONG

Zaman NS

Zaman NS. Sumber: Ahmadul Amin


“Pada mulanya, saya sekadar berseloroh bahawa baju raya saya pada tahun itu adalah camo green.


“Tapi selepas saya fikir kembali, pengalaman saya berkhidmat untuk negara sewaktu lebaran sebenarnya konsep yang unik untuk menulis lagu raya, yang pada masa yang sama, bukanlah sepenuhnya tentang Hari Raya,” jelas Ahmadul Amin, penulis dan penyanyi bagi lagu ini.

POP LOHHH

POP LOHHH. Sumber: Ahmadul Amin


Berlandaskan memorinya, Amin berkata proses penulisan berjalan dengan lancar — ibarat menulis diari.


Justeru, menjadikan senikata lagu tersebut ‘dekat di hati’ dan tidak cringey.


KOLABORASI BERSAMA DAN GREENDOOR DAN MIIKOTHE13TH

KOLABORASI BERSAMA DAN GREENDOOR DAN MIIKOTHE13TH

(Dari kiri atas) Dan, Amin dan Miikothe13th. Sumber: Danish Naufal


Bahkan, untuk meng-oomph-kan lagi lagunya, jejaka 25 tahun ini menghubungi rapper setempat, Miikothe13th, untuk bekerjasama dengannya.

Miikoyangke-tigabelas

Miikoyangke-tigabelas Sumber: Instagram


“Semasa menulis, saya memang mempunyai hasrat untuk berkolaborasi bersama Miiko kerana saya tahu dia juga seorang tentera dahulu dan saya pasti, dia mampu menghayati lagu ini.


“Oleh itu, saya menghantar demo kepada Miiko dan berharap agar dia setuju untuk membuat penampilan dalam ‘Baju Raya Hijau’,” ujar graduan LASELLE ini, yang pada akhirnya, bukan sahaja dapat berkolaborsi bersama Miiko, tetapi juga bersama penerbit tempatan, Danish Naufal.

Danish Naufal aka Dan Greendoor

Danish Naufal aka Dan Greendoor. Sumber: Instagram


“Saya dapat melihat potensi dalam senikata yang ditulis. Demo yang dihantar pula mempunyai jiwa.


“Bagi saya, dengan adanya wadah yang betul, lagu ini pasti dapat mengukir nama dalam industri muzik.


“Jadi, saya menawarkan pertolongan dengan menerbitkan lagu ini,” kata Dan, yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak enam tahun lalu.


PROSES PEMBIKINAN LAGU


Dalam hanya empat sesi rakaman, ‘Baju Raya Hijau’ siap diterbitkan di bawah Allure Records, sebuah production house yang membolehkan para artis untuk menonjolkan daya kreatif mereka tanpa batasan.

Amin bersama mic di Greendoor Studios

Amin bersama mic di Greendoor Studios semasa rakaman dijalankan. Sumber: Ahmadul Amin


HARAPAN AMIN & DAN


Dan kini, lagu tersebut boleh didengari di Youtube!


Dengarkan ‘Baju Kurung Hijau’ di sini:


Susulan keluaran lagu ketiganya, Amin berharap agar lagunya kali ini dapat dihayati anak watan yang sedang berkhidmat untuk negara.


“Lagu ini khas ditujukan buat mereka yang sedang terpaksa korbankan lebih kurang dua tahun untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS).


“Tidak lupa juga kepada regulars, serta anggota polis dan bomba, yang turut berdepan situasi yang sama seperti saya dahulu.”


Buat Dan pula, dia berharap agar lagu ini dapat menyerlahkan nama Amin dalam industri muzik.


“Saya hendak Amin mempunyai identiti sendiri. Saya harap lagu ini serta lagu-lagu lain yang sedang dalam proses terbitan dapat menaikkan nama Amin, luar dari arena muzik Melayu Singapura yang tiada perkembangan ini.”


Such young and driven guys. I like



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page