Budak 9 Tahun Minta Izin Ibu Untuk Masuk Islam
Muhammad Bilal, pengasas Greengate Trust dan juga seorang qari, mengongsikan kisah kanak-kanak berusia 9 tahun yang telah memeluk agama Islam.
Sebenar-benarnya, hidayah itu milik Allah.
Rudy, berusia 9 tahun menzahirkan hasratnya untuk memeluk agama Islam setelah mempelajari lebih mengenainya. Menurut Bilal, Rudy dan ibunya sering menyertai program “Homeless Feeds” dimana mereka memberi makanan kepada golongan gelandangan di UK.
Sumber: Instagram
Bilal mengatakan lagi bahawa beliau telah menyuruh Rudy untuk meminta izin daripada ibunya sebelum mengucapkan 2 kalimah syahadah.
Walaupun beragama lain, ibunya itu tetap merestui pilihan anaknya itu untuk memeluk agama Islam. Beliau juga amat gembira dengan keputusan anaknya itu dan akan sentiasa menyokongnya.
Sumber: Instagram
Rudy, yang kini dikenali sebagai Muhammad Muzammil juga menghadiri solat Jumaat yang pertama pada minggu lepas.
Sumber: Instagram
Warganet terharu dengan kebesaran Allah yang telah memilih anak cilik ini untuk memeluk agama Nya yang maha Esa.
Ramai juga mendoakan yang terbaik buat Muzammil dan ibunya.
Menurut Bilal, Muzammil merupakan mualaf termuda beliau pernah menjadi saksi pada dan amat kagum dengan kebesaranNya.
Alhamdullilah.Moga-moga dipermudahkan segala urusan dan diberkatiNya.
Luahan Wartawan: AllahuAkbar.
Hidayah itu memang milikNya. Aku terharu apabila baca macamana budak ni tertarik pada Islam.
Hati dia memang besar dan akhlaqnya terserlah.
I’d like to believe that it is his mother’s upbringing that is responsible for his big heart. And the fact that the mother herself had no qualms when the son wanted to convert at such a young age, is a reflection of her own morals.
Aku teringat cerita Nur. Jalaludin Hassan nye dialog masih terngiang-ngiang dalam telinga bila ustaz nak judge Nur for being a prostitute.
Islam is for everyone. And He chooses whom He wills to come onto His path.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments