Budak 10 Tahun Jual Sayur, Tak Ada Orang Beli
- Chap Chai
- May 2, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 15, 2024

Bagi menyara nenek dan moyangnya, kanak-kanak sepuluh tahun ini mengayuh basikal roda tiganya untuk menjual sayur-sayuran.

Gambar hiasan. Sumber: Pintrest
Sejak beberapa tahun lalu, Dong mengayuh di sekeliling Songkhla, Thailand setiap hari untuk menjual hasil tanaman neneknya.
Namun baru-baru ini, mata pencariannya terjejas dek pandemik COVID-19.

Jalan raya di Songkhla kini sunyi sepi. Sumber: Issan.Live
Dengan kekurangan orang di jalan raya, Dong kini tidak dapat menjual sayurannya meskipun berkayuh berjam-jam untuk mencari pelanggan.
Meskipun begitu, Dong memberitahu Sin Chew Daily bahawa dia tetap akan bekerja keras sepanjang tempoh ‘lockdown’ — yang berlarutan hingga lewat Mei — agar dapat membiayai kos kehidupan neneknya, 56 tahun dan dua orang moyangnya, 89 tahun dan 96 tahun.
Luahan wartawan: Kecik-kecik dah kena cara pendapatan untuk nenek moyang.
If this 10 year old can pick himself up to do all these, I don’t see why healthy, full grown adults here can’t do the same thing.
There are still many jobs out there walaupun tengah COVID-19. Tinggal cari and apply jer.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...