Bubble Tea Percuma Untuk Pekerja Asing
Hari Buruh atau Labour Day disambut bagi memberi penghargaan buat pekerja-pekerja buruh, yang kebanyakan merupakan pendatang asing.
Selalunya, hari istimewa itu diluangkan bersama teman-teman sekerja di ‘hot spots’ seperti Lucky Plaza dan Little India.
Para pembantu rumah berhimpun di Lucky Plaza. Sumber: Straits Times
Manakala pekerja pembinaan pula berkumpul di Little India. Sumber: Straits Times
Malangnya, disebabkan COVID-19, majoriti pekerja buruh terkurung dalam dormitori masing-masing sejak beberapa minggu lalu.
Namun, segala gundah-gulana terpadam tatkala para pekerja asing kita dihadiahkan dengan secawan bubble tea Gong Cha semalam (1 Mei) sempena Hari Buruh.
Sumber: Gong Cha (Facebook)
Bersama kerjasama Lee Huay Leng dari anak syarikat Singapore Press Holdings (SPH), Kumpulan Media Cina (CMG), Gong Cha menyediakan 4,000 cawan bubble tea untuk diagihkan kepada 17 dormitori di serata Singapura.
Tatkala menerima pemberian itu, para pekerja tampak sangat ceria.
Senyuman semanis ‘Mango Green Tea with aloe vera, 100% sugar’. Sumber: Gong Cha (Facebook)
Dalam catatan Gong Cha di Facebook, mereka berkata ‘senyuman mereka (pekerja asing) turut menceriakan kami’.
Gong Cha juga berterima kasih atas pengorbanan pekerja buruh dalam membangunkan Singapura dan berharap agar kita dapat bersatu untuk mengekang virus ini.
Luahan wartawan: It’s nice to see initiatives macam gini. Everyone deserves a treat once in a while.
Mungkin agak sukar bagi mereka untuk order stuff online. Atau mungkin pampering themselves isn’t a priority. Jadi kalau kita berkemampuan, bolehlah cari contact yang boleh bantu untuk deliver gifts kepada mereka. Sekurang-kurangnya they feel loved and it serves as a morale booster. Only then can we get through this pandemic as a nation.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Comentarios