Buaya Berehat Diatas Trek Sungai Buluh, Pengunjung Terkejut, Netizen Lahirkan Kerisauan
Sebuah gambar baru-baru ini tular menunjukkan seekor buaya yang berada di tempat berjalan kaki yang terletak di Sungai Buloh. Ramai warganet dalam keadaan yang gentar ketika menyaksikan gambar tersebut.
Posting tersebut tersebut telah menular dan sekadar ini mendapat lebih dari 500 likes, 200 shares dan dihujani 100 comments.
Sumber: mustsharenews.com
Menurut netizen, Fang Fang Lo yang sempat mengambil gambar buaya tersebut dan dimuatnaikkan ke lelaman Facebooknya, buaya itu dikatakan merangkak keluar dari perairan di sebelah laluan dan menghalang tempat berjalan kaki.
Sumber: Facebook, Nature Society (Singapore) Fang Fang Lo
Menurut netizen yang telahpun meletakkan komen, inilah kali pertama mereka nampak gambar seperti ini tular di internet.
Sumber: Facebook, Nature Society (Singapore) Fang Fang Lo
Namun begitu, ramai juga memberikan peringatan orang supaya jangan terlalu dekat kerana buaya. Ini kerana walaupun seekor buaya nampak tenang, ia boleh bergerak dengan pantas meskipun berada di darat.
Sumber: Facebook, Nature Society (Singapore) Fang Fang Lo
NParks meningatkan semua supaya jangan memprovokasikan buaya liar, memberi ia makan ataupun berdekatan dengan ia pun.
Untuk melaporkan penampakkan buaya ataupun binatang liar di Sungai Buloh Wetland Reserves, sila hubungi 67941401 dan pihak NParks akan buat tindakan.
Luahan Wartawan: On a serious note, as excited as you are bila nampak buaya (jangan cakap tak excited, Singaporeans part ni confirm over-excited) in the wild, please jangan dekat. Nikmati the sight from afar, and let the crocodile be on its way or do its thing. Tak payah nak action hero pergi dekat-dekat. Kau tu bukan Steve Irwin dan ni bukan cerita Jackass.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments