Bros Gang TV Membuat Video Setia Atau Curang
Kesetiaan seorang lelaki diuji setelah temanitanya memerangkapnya menerusi program YouTube ‘Experiment Gold Digger Test: Setia Atau Curang?’ untuk mengenali watak sebenar kekasihnya.
Dengan bantuan pencipta kandungan dari saluran YouTube Bros Gang TV, ‘Alia’ telah berjaya meng-kantoi-kan kekasihnya Zariq, yang sebenarnya seorang buaya darat.
JERAT PERCINTAAN
Menerusi set-up ‘The Interview’ yang direka khas oleh Bros Gang TV bagi tujuan mengenakan, seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Sarah’ melakonkan watak bos untuk menguji kesetiaan Zariq yang menyangka, dia bakal menjalani temu duga untuk bekerja di bawah syarikat ‘Sarah’.
Sesi ‘temu duga’. (Sumber: Bros Gang TV)
Dan dari situlah mulanya sandiwara cinta antara Zariq dan ‘Sarah’.
Sepanjang lima hari, setiap pergerakan Zariq dipantau ahli Bros Gang TV — Abdul Hariff Abdul Majid, 24 tahun, Mohd Aniq Mohd Desa, 25 tahun, Amirul Affiq Zuhairi, 23 tahun, Wan Abdul Khaliq Omar, 24 tahun dan Muhammad Shahfidzan Ahmad Shahbudin, 23 tahun — untuk melihat sejauh mana Zariq sanggup menipu ‘Alia’.
Empat daripada lima ahli Bros Gang TV. (Sumber: mStar)
Antara yang dilakukan Zariq termasuk menghantar mesej sweet kepada ‘Sarah’, yang terdahulu telah ‘menerima’ Zariq masuk sebagai pekerja di syarikatnya dan mengikut ‘Sarah’ pulang ke rumahnya pada malam hari ke-lima untuk makan malam bersama-sama.
Perbualan Zariq bersama ‘Sarah’. Sumber: Bros Gang TV
Pada malam itu juga, ‘Alia’ menerjah kekasihnya dan menamatkan hubungan tiga tahun mereka.
‘Alia’ kutuk Zariq, Zariq maki ‘Alia’ ❤️ (Sumber: Bros Gang TV)
Lihat pergelutan mereka di sini:
TUJUAN BROS GANG TV
Meskipun konsep anak muda dari Malaysia ini kelihatan seperti meruntuhkan hubungan para pasangan, kandungan Bros Gang TV nampaknya bersesuaian dengan minat warga Malaysia.
Dimulakan Februari lalu, saluran Bros Gang TV telah menjana 227 ribu pelanggan dan jutaan tontonan, hanya menerusi tiga keluaran video.
Sumber: Gang Bros TV
“Orang Malaysia memang suka benda realiti dan kontroversi.
“Tapi kami cuma nak sampaikan mesej positif supaya orang di luar sana percaya kepada pasangan masing-masing, jangan curang,” kata wakil Bros Gang TV Hariff kepada mStar.
Bina kembali kepercayaan antara satu sama lain. (Sumber: Bros Gang TV)
Tambahnya, kandungan mereka, yang sebenarnya diilhamkan daripada video-video luar negara, telah pun ditapis agar boleh diterima penonton Malaysia.
“Kami buat benda ini ada batas. Kami uji pasangan bercinta sahaja. Kami tak uji mereka yang sudah bertunang atau berkahwin. Kalau buat untuk orang berkahwin, ibarat pecah belahkan rumah tangga mereka pula,” kata Hariff.
Dalam episod kedua, boyfriend pula yang menguji girlfriend. (Sumber: Bros Gang TV)
Peserta juga harus menanda tangan surat perjanjian sebelum produksi dimulakan untuk mengelakkan kes guaman.
Surat perjanjian. (Sumber: Bros Gang TV)
Video seterusnya dijangka keluar bulan ini dan Bros Gang TV berharap agar orang ramai terus memberi sokongan kepada mereka.
Luahan wartawan: Kecohhhh!! Aku dah tengok the latest video. Girl dah nak square box, abeh lelaki tu dah maki-maki. Tapi kind of expected lah the ending…Kalau nak upkan lagi rating, girlfriend yang contact Bros Gang TV ni peluk one of the guys. Terus jadi cerita lain OMG kalau tak 14 juta views aku tak tau nak cakap apa.
Apa-apa pun, apa ni cheating-cheating ni semua. Kan salah.