Boyfriend Dapat Pujian, Lapkan Mekap Girlfriend Yang Tertidur
Wang, harta dan barangan tidak semestinya diperlukan untuk membahagiakan pasangan anda kerana acap kali, perbuatan kecil sudah dapat mengukir senyuman pada raut mereka.
Dan antara perkara mudah tetapi sweet yang boleh dilakukan adalah dengan membantu menanggalkan mekap kekasih.
TANGGALKAN MEKAP SEWAKTU TIDUR
Pasangan muda, Faatin Azalea dan kekasihnya tular di Twitter baru-baru ini — dengan 4.6 ribu retweets dan 10.7 ribu likes — setelah Faatin memuat naik rakaman teman lelakinya menanggalkan mekapnya sewaktu dia tidur.
He removed my makeup while I was sleeping…. I love you ????? pic.twitter.com/nM4A1H0Zlw — (っ◔◡◔)っ ♥ ?????? ?????? ♥ (@faatinxo) July 13, 2020
REAKSI WARGANET
Susulan perkongsian Faatin, segelintir warganet menyifatkan perbuatan teman lelakinya sebagai ‘sangat comel’.
Namun demikian, ada yang meninggalkan komen-komen sensitif.
Bahkan, ramai yang mempertikai dan mendakwa, video berkenaan lakonan semata-mata.
Meski begitu, Faatin menyangkal segala dakwaan dan teguh berkata, video berkenaan legit berlaku.
Luahan wartawan: Kan ada phonestand and hands-free function ? Apa yang susah sangat nak hadam.
Biarlah dorang nak sweet-sweet ? Tapi kalau kekal gini lepas kahwin, barulah orang boleh respect. Jangan masa matair jer sweet abeh lepas kahwin, anniversary pun lupa ???
Comments