top of page
Writer's pictureLintah Darah

Bon Jovi Cuci Pinggan Untuk Teruskan Perniagaan Restoran


Bon Jovi Cuci Pinggan

“Kalau kau tak boleh buat (benda) yang kau sepatutnya buat, buat (saja) apa yang boleh.” — Jon Bon Jovi, 2020


Sedang artis seberang tambak mengeluh kehilangan ‘job’ lakonan, nyanyian dan kerugian dalam penjualan, mentelah lagi bertelagah dengan netizen, Jon Bon Jovi kelihatan menggalas tanggungjawab sebagai pencuci di restoran miliknya dengan tenang.

Intelligent Living

Sumber: Intelligent Living


Bon Jovi bersama para pekerja dan pelanggan di restorannya.


Dinamakan JBJ Soul Kitchen, restoran tersebut menyediakan makanan bagi mereka yang tidak berumah.


Dan walaupun keadaan ekonomi tidak menentu, usaha ini tetap dijalankan Bon Jovi.


Tersentuh melihat sifat rendah hati personaliti unggul ini, yang sanggup melakukan pekerjaan ‘tidak berstatus’ demi kemanusiaan, Liv Lane mengongsi perasaannya.

Bon Jovi

Sumber: The Telegraph


“‘Superstar’ ini, yang aku sanjung sejak 13 tahun, sedang cuci pinggan mangkuk di salah sebuah restorannya,” kata Liv di Facebook.


“Daripada bersembunyi di rumah ‘penthouse’ mewah sementara menantikan virus ini reda, Jon Bon Jovi datang ke restorannya untuk bekerja sebagai pencuci.


“Inilah ‘rock star’ sebenar,” luah Liv, yang menahan tangis tatkala melihat Bon Jovi di dapur.

Liv Lane

Pos asal


Pos Liv, yang juga tular di Twitter dengan sebanyak 4.8 ribu kongsian, turut mendapat reaksi daripada warganet Malaysia, yang menyindir artis-artis tanah air mereka di ruangan komen.

Lucy Morningstart

Pos yang dikongsi semula oleh seorang warga Malaysia.

Pos yang dikongsi semula oleh seorang warga Malaysia
Nampaknya, warganet pun dah masak dengan perangai artis-artis Malaysia
blastbeatmanifesto

Nampaknya, warganet pun dah masak dengan perangai artis-artis Malaysia.


Luahan wartawan: Korang tau kan pasal golongan artis yang kecoh sebab tak dapat bantuan? Lepas tu dia kutuk dia, deni batu api, detu buat police report, lagi satu nak saman malu lah hape.


Dorang siap ada clan lagi.

Dorang siap ada clan lagi
Didie & Friends

Tapi aku tak layan lah retis-retis propa ni semua. Aku Anju Troopers hah gittew siap join Telegram group dia lagi.


So much is going on sampai susah aku nak keep track. Tak payah lah gaduh-gaduh. Tak faham ah hidup dorang ni free sangat ke? Every few hours ada update baru pasal artis Malaysia bergaduh over NOTHING. Such a trivial matter. Daripada gaduh, pergilah usaha, cari cara untuk buat duit. Jangan menagih bantuan kerajaan jer bodohs!


Bingit aku. DOK MENYALAK JER! Belajarlah daripada contoh tauladan Encik Jon Bon Jovi.

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page