Bomoh Muda Ini Menjana Pendapatan Dengan Menjual Ilmu Pengasih
Sumber: AsiaOne
Leong Kai Mei adalah seorang ahli sihir moden dan beliau tegas menolak stereotaip mengenai penyihir yang dikaitkan dengan ilmu hitam.
“Tidak! Media merosakkan segalanya, penyihir tidak buruk. Saya sebenarnya orang baik.” katanya.
Usahawan berusia 28 tahun itu menjalankan perniagaan dalam talian yang menawarkan penyembuhan reiki, mantra wang, mantra cinta antara lain, dan terkenal dengan alias mistiknya, dark witch Bambi.
Bilik beliau dipenuhi dengan boneka yang kelihatan seram, lilin berwarna dan juga CPU komputer berwarna terang. Sekilas pandang, Kai Mei kelihatan seperti ‘gamer girl’ dengan penampilannya.
Menurut Kai Mei, beliau memulakan servisnya sebagai seorang penyembuhan menggunakan kaedah Reiki. Tetapi kini, laman web beliau mempunyai lebih 30 jenis mantra dan ilmu sumpahan, yang paling popular adalah ilmu pengasih dan ilmu cepat kaya.
‘Witchcraft is real, empowering, and eye opening.’
Kai Mei mengakui lebih 50% daripada keuntungan bulanannya datang dari menjual ilmu pengasih.
‘Ramai yang beli ilmu pengasih kerana nak balik dengan bekas kekasih mereka. Aku tak faham, kalau dah putus hubungan tu ada sebabnya kan.’
Sebelum berbuat apa-apapun, Kai Mei akan membuat bacaan ramalan untuk keselamatan dirinya sendiri.
Seorang pelanggan dari Norway pernah meminta Kai Mei memperbesarkan alat kelamin beliau hingga berukuran 30 cm dan lebar 17 cm.
Walaupun telah memberi amaran kepadanya bahawa permintaan itu terdengar mustahil, klien tersebut tetap meneruskan hajatnya untuk membeli ‘spell’ tersebut.
Tiga bulan kemudian, lelaki tersebut melaporkan pertumbuhan setengah inci dan membelanjakan AS $ 2,000 lagi untuk ‘spells’ lain dari kedai Bambi.
Kai Mei mengatakan beliau memang boleh melihat makhluk halus sejak kecil lagi. Beliau kerap nampak bayangan dan pernah berdialog dengan mereka. Menurutnya lagi, ibu dan neneknya juga mempunyai keturunan ahli sihir.
Ayah Kai Mei, sebaliknya, telah mengarutkan kepercayaan mereka sehinggalah beliau meminta cerai.
Kai Mei meninggalkan pekerjaannya sebagai guru tuisyen pada tahun 2019 dan menawarkan khidmat ramalan kad tarot di Carousell. Dari situ, bisnes beliau berkembang untuk menawarkan pelbagai servis sekarang.
Kai Mei mengatakan kepercayaan kepada ilmu yang ditawarnya bergantung kepada individu.
“Sekiranya seseorang tidak mempercayai sihir, maka mereka tidak akan percaya.”
Luahan Wartawan: Witchcraft exists and people have been making money out of it for a very long time.
Cuma dulu orang panggil dorang bomoh. Yang ada salam ikhlas dan yang ada taruk harga.
However, there is a fine line between light and dark magic.
Kalau kau orang yang berpegangan kepada Islam, tolong jangan cuba-cuba. Boleh memesongkan akidah.
Nauzubillah.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments