top of page

Biduan Tanah Air, R. Ismail Telah Kembali Ke Rahmatullah

Updated: Mar 28, 2024


R. Ismail Telah Kembali Ke Rahmatullah

Biduan tanah air R. Ismail telah kembali ke rahmatullah pada usia 83 tahun sekitar 2:30 petang tadi (13 September) di Hospital Besar Sengkang. 


Demikian yang dimaklumkan anak bongsunya, Elfee Ismail, beberapa jam lalu menerusi Facebook.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut berharap agar kenalan Allahyarham dapat mengampunkan dosa-dosa dan menghalalkan makan minumnya.

Difahamkan, Allahyarham mula tenat sejak beberapa hari lalu. 


Susulan perkhabaran itu, para artis dan pemuzik setempat merakamkan takziah dan bibit-bibit manis mereka mengongsi pentas bersama Allahyarham.


Allahyarham R. Ismail terkenal dalam era 30-an hingga 50-an sebagai penyanyi latar kepada pelakon-pelakon seperti Noordin Ahamd, Mustapha Maarof dan M. Wari dalam antaranya, filem Jula-Jili Bintang Tujuh, Gurindam Jiwa, Airmata Duyung dan Tajul Ashikin. 


Bapa kepada penyanyi-penyanyi Eiss Ismail dan Elfee Ismail ini juga popular dengan lagu-lagu Seri Mersing, Gelombang dan Laila Majnun.

R. Ismail

Jenazah akan dibawa pulang ke rumah Eiss di Choa Chu Kang Drive. 


Kami di Plan B mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi pemergiannya.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page