Berkat Usaha Dan Tawwakal, Bandi Amuk Khatam Quran Setelah 3 Tahun
Gelap malam pasti terang, sang Mentari pasti datang. Kesesatan perjalanan, Rahmat Tuhan menentukan.
Senikata lagu ‘’Aku Mahu Pulang” oleh kumpulan rock Amuk ini seakan menjadi realiti setelah penyanyi utamanya baru-baru ini berjaya mengkhatam Al-Quran.
Sumber: Facebook – Nasabandi Bin Jumat
Nasabandi Jumat, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Bandi Amuk , luahkan rasa syukur selepas berjaya khatam Al-Quran di dalam lelaman Facebooknya.
Sumber: Facebook – Nasabandi Bin Jumat
Beliau mengambil masa lebih dari tiga tahun untuk mengkhatam Al-Quran setelah memulakan pengajiannya dengan seorang ustaz pada 2018.
Menukil laporan Harian Metro beliau berkata:
“Saya cakap dengan ustaz itu untuk khatam dan dia alu-alukan. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Selama tiga tahun belajar, dugaannya memang banyak. Walaupun boleh membaca al-Quran, saya pilih bermula dengan Iqra kerana nak betulkan tajwid dan mahraj. Itu yang buat jadi lama tapi tak kisahlah asalkan saya belajar.
Sekarang, jika membaca surah Yassin saya boleh tahu mana harakat, mahraj dan sebagainya. Saya jadi seronok membaca surah Yassin kerana tahu mana nak berhenti,”
Bandi juga dikatakan sering mengambil penerbangan awal jika ada persembahan di Sabah atau Sarawak kerana enggan meninggalkan kelas mengajinya pada pukul 8:30 malam.
Sumber: Facebook – Nasabandi Bin Jumat
Beliau tetap sanggup ke kelas mengajinya walaupun kadang-kala sampai rumah pada pukul 7 malam. Beliau juga pernah membaca Al-Quran dalam keadaan mata tertutup kerana terlalu penat.
“Ustaz kasihan melihat saya dan kata tak payah datang kalau letih. Namun, saya tetap datang kerana sayang nak tinggal kelas. Lagipun saya tengok orang yang belajar kemudian sudah nak mendahului saya.”
“Saya menyeru kalau boleh rakan-rakan dan masyarakat Islam yang lain belajar mengaji al-Quran kerana kita sebenarnya dah nak sampai penamat. Sekurang-kurangnya kita ada bekalan nanti,” katanya lagi.
Ruangan komen posting beliau di Facebook penuh dengan kata-kata pujian daripada netizen dan ramai yang berdoa agar beliau dapat beristiqamah.
Sumber: Facebook – Nasabandi Bin Jumat
Menurut Bandi, beliau akan sambung lagi belajar selepas akhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau kini menetap di Johor Bahru dan di dalam situasi pandemik Covid-19, Bandi kini membantu memasarkan perniagaan karipap sejuk beku hasil air tangan isterinya.
Luahan Wartawan: Selain Awie, suara Bandi is definitely a favourite of mine dalam arena rock kapak nusantara. I really wonder suara Bandi mengaji macam mana eh. Confirm merdu. Whatever it is, semoga Allah mempermudahkan segala urusan nya dan memberinya istiqomah, inshaAllah ameen!
Podcast Plan B minggu ini!
Comments