Berita Baik: Dah Boleh Order Kuih
Baru semalam suruh pembaca dengar cakap Mak Limah, hari ini (2 Mei) Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong mengumumkan bahawa bisnes dari rumah (HBB) boleh diteruskan mulai 12 Mei.
Berkat mendengar kata presiden tercinta.
DIBENARKAN UNTUK BERNIAGA DARI RUMAH
Menerusi sidang media maya petang tadi, Encik Wong berkata operasi HBB boleh diteruskan jika penghantaran atau pungutan makanan dijalankan secara ‘contactless’.
Temu janji juga harus ditetapkan bagi menjarakkan waktu makanan dihantar atau dipungut untuk terhadkan bilangan orang di satu tempat pada bila-bila masa.
Alhamdulillah korang dah tak payah mintak service polong dah untuk deliver makanan. Kalau tak, beginilah rupa delivery man korang.
Buang current jer gaduh-gaduh hari itu. End up boleh bikin HBB. Bagaimana agaknya perasaan si dia….
Tapi mesti presiden happy kan sebab dia dah boleh order kuih daripada HBB. So cute.
DESSERTS KEMBALI
Encik Wong juga mendedahkan bahawa gerai makanan, termasuk kedai kek dan konfeksi, snek dan pencuci mulut boleh dibuka kembali untuk mengendalikan khidmat penghantaran dan ‘takeaway’ sahaja.
Pembuatan dan penyediaan semua makanan, termasuk kek dan konfeksi, ais krim, koko, coklat dan produk coklat, serta makanan ringan lain boleh beroperasi.
Buat masa ini, gerai air menjual bubble tea, alkohol dan minuman lain belum dibenarkan untuk beroperasi.
Ahhh dah boleh order bingsu. Sekadar update, wartawan dah makan tahu begedil semalam semasa buka. Very oily. Wartawan tak suka. Wartawan nak bingsu pula.
TOLONG POTONG RAMBUT
Kedai rambut juga dibuka untuk perkhidmatan memotong rambut sahaja.
Wartawan menggesa kaum Adam untuk memotong rambut mereka. Ya, dua minggu lepas wartawan kata ‘Takdelah buruk mana kalau rambut panjang. Kena ada keyakinan diri!’ Wartawan would like to withdraw her statement. Wartawan annoyed tengok rambut serabai.
SEKOLAH DIBUKA SEMULA
Berita (kurang) baik buat para pelajar! Mulai 19 Mei pula, para pelajar akan dipanggil ke sekolah untuk menghadiri kelas dan konsultasi secara berkumpulan.
Keutamaan akan diberikan kepada ‘graduating cohort’.
School…What’s that?
PULANG KE TEMPAT KERJA
Tak lama lagi, fesyen kemeja dengan boxers tidak dibenarkan kerana anda dikehendaki untuk bekerja di pejabat.
Namun begitu, langkah-langkah jarak sosial masih harus dijalankan di tempat kerja:
Duduk berjauhan daripada rakan sekerja
Tak boleh bercampur dengan kawan kerja yang bekerja dalam jabatan lain
Tak boleh adakan keramaian
Tempat kerja akan dibuka secara berperingkat.
Wartawan ingin mengingatkan rakyat agar jangan terlalu excited. Jaga tingkah laku. Jangan sampai ada second wave of cases. Behave. Kalau tak behave kena duduk rumah lagi dua bulan. Kau sanggup?
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg