top of page
Writer's pictureChap Chai

Berbual Champion Membawa Padah


Berbual Champion Membawa Padah

“NASA nak kasi aku scholarship!? Ya Allah, tak pernah terlintas di fikiran pun masa join Artemis Challenge,” catat Azhar Ali di Twitter pada 30 April (Khamis).


BAHAN BUKTI


Untuk mengukuhkan kenyataannya, Azhar melampirkan empat keping gambar pada Tweet tersebut.

@theotherazharal

Sumber: @theotherazharal (Twitter)


Gambar pertama merupakan e-mel daripada Rene Holland, yang dikatakan pegawai sumber manusia NASA.


Kedua merupakan infographic mengenai markah Azhar, yang dikatakan ‘cemerlang’.

Gambar ketiga dan keempat merupakan petikan skrin di mana lelaman NASA menyenaraikan Azhar sebagai ‘Citizen Scientist’, dan tweet daripada NASA Exoplanets pada Mac lalu.


UCAPAN TAHNIAH


Menyusuli pengumuman Azhar, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, merakamkan ucapan tahniah buat Azhar.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad turut bangga dengan pencapaian Azhar.


Namun begitu, Azhar telah memadam Tweetnya sejurus ia mendapat perhatian ramai.

Kenapa?


SPEKULASI


Berdasarkan siasatan SAYS, ada yang tidak kena dengan dakwaan Azhar.

  1. Nama ‘Azhar Ali’ tiada dalam lelaman NASA.

NASA dan SAYS

Sumber: NASA dan SAYS


Untuk mempertahankan dirinya, pada 30 April (Khamis), Azhar berkata namanya bakal dinaikkan dalam lelaman tersebut.


Akan tetapi, namanya masih tidak diketemui pada 1 Mei (Jumaat).


2. Terdapat kesilapan bahasa pada infographic yang dimuat naik Azhar.


Misalnya, ‘efficiency’ dieja sebagai ‘effieciency’.

Nasa Artemis Engagement

3. Sebagai rakyat Malaysia, Azhar tidak layak pun untuk menyertai pertandingan anjuran NASA, yang cuma dibuka untuk rakyat atau penduduk tetap Amerika Syarikat.

JPL NASA

Sumber: JPL NASA


Jadi bagaimanakah boleh dia menerima biasiswa tersebut?


Ekoran ‘redflags’ berikut, hari ini (3 Mei) Azhar kembali ke arena Twitter untuk memberikan penjelasan.


AZHAR TERTIPU


Dalam thread tersebut, Azhar menjelaskan bahawa biasiswa yang diterima merupakan scam.

I am still a student, reaching the peak of my career. I have offers from reputable institutions from abroad and I would dearly request for the people of Malaysia to not jeopardise my future career for this uncertainty. — Saturn ? (@theotherazharal) May 3, 2020

Dia turut meminta maaf kepada orang ramai kerana memberi mereka harapan palsu.


“Saya masih seorang pelajar yang sedang mencapai puncak kerjaya saya.


“Saya berharap agar kita semua dapat belajar daripada kesilapan saya. Periksa dahulu kesahihan berita tersebut sebelum menyebarkannya kepada umum.


“Saya seorang astrofil, saya suka alam semesta. Terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana menyokong saya. Semoga yang terbaik ada untuk anda semua. Terima kasih. Asslm.”


Luahan wartawan: Tu pasal orang kata, kalau belum confirm, jangan hebohkan. Kan leceh sekarang kena explain, kena hadap orang panggil kau penipu semua. Kau siap buat PM excited tau!


Takpelah Azhar. Kalau NASA tak nak kau pun takpe. Yang penting masih ada MASA…Masa untuk muhasabah ape jer tak kelakar eh.


Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page