Beratur Lama Masuk Sheng Shiong, Pelanggan Mengamuk
“Aku datang sini bukan nak berbual dengan korang. Korang bukan boss Sheng Siong,” begitu riaknya kata seorang pelanggan lelaki kepada petugas di pasar raya terkemuka, Sheng Siong.
Oleh kerana gilirannya untuk mengambil suhu badan dilengahkan sedikit, lelaki ini dan pasangannya mula mengamuk di cawangan 660A Edgedale Plains Sheng Siong pada 2 pagi Khamis lalu (30 April).
Dalam sebuah rakaman 35 saat, lelaki itu juga berkata:
“Berapa lama kau nak aku tunggu? Eh, sekarang bukan peak period tau. Kalau kau panggil orang untuk datang, orang kena datang pe (sic). Apa, aku tak faham.”
Tersentak melihat perangai pasangan tersebut, perakam video juga mencatatkan pandangannya kepada Stomp.
PETUGAS SIBUK
Gambar hiasan. Sumber: Sheng Siong
“Saya sedang membeli barangan dapur apabila pasangan ini mendakwa bahawa mereka telah menunggu lebih daripada lima minit dalam garisan untuk mengambil suhu badan di luar Sheng Siong,
“Sebagai pelanggan, kami boleh lihat para petugas bertungkus-lumus mengatur barangan dan mengendalikan kaunter pembayaran.
“Memang pelanggan terpaksa tunggu giliran untuk masuk. Tetapi petugas semuanya sedang sibuk. Jadi kami faham mengapa ada waiting time.”
LELAKI CARI PASAL
Dalam kenyataan perakam ini juga, dia berkata lelaki berkenaan enggan membenarkan petugas Sheng Siong untuk mengambil suhu badannya:
“Aku tak nak kau amek temperature aku. Sekarang aku dah tak nak.”
Perakam menambah lelaki tersebut turut berkata pekerja Sheng Siong ‘tidak layak untuk berbual dengannya kerana bahasa Inggeris mereka kurang baik.’
“Dia buat perangai, hina pekerja dan mempermainkan percakapan mereka! So bad! Betul-betul pey kurang ajar!” luah perakam.
Perasaan pekerja Sheng Siong semasa melayan lelaki itu. Mungkin.
“Saya betul-betul bersimpati dengan para pekerja Sheng Siong. Mereka cuba untuk meminta maaf tetapi lelaki tersebut tetap marah mereka.”
Malah, perakam berkata petugas yang mengambil suhu badan lelaki berkenaan dibebelkan sedang dia menjalankan tanggungjawab.
“Tak betul punya lelaki.”
LANGKAH MENGEKANG COVID-19
Sebagai langkah berhati-hati, suhu badan setiap pelanggan harus diambil sebelum mereka dibenarkan untuk memasuki pusat beli-belah, pasar raya dan pasar.
Mereka juga dikehendaki untuk membawa kad pengenalan (IC) atau pengenalan gambar rasmi yang mempunyai kod bagi memudahkan proses pengesaan kontak.
Luahan wartawan: Gila. Tunggu sekejap pun tak boleh. Kau pun anak raja pe sampai tunggu berapa minit pun menggelupur? Kan aku dah marah.
Kalau tak tau sabar, order online. Tak payah line up, tak payah check temperature. Kau duduk melanguk jer kat rumah nanti ada orang hantar.
Setakat nak check temperature pun boleh jadi hal. Ada hati nak kutuk bahasa pekerja. Wei, aku yang transcribe video kau pun tak faham ape merepek kau berbual.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg