Bekas Pelajar R.I Dalam Saga Blackface Memohon Maaf
- Belalang Biru
- Jun 5, 2020
- 2 min read
Updated: Apr 5, 2024

Lantaran kejadian George Floyd di Amerika Syarikat, seorang netizen yang dikenali sebagai “twelfthgod” telah memuatnaikkan sekeping gambar daripada 2016 di pautan Twitter.
10 pelajar daripada Raffles Institution sedang melakukan “blackface” di dalam gambar itu.
Lelaki yang memuatnaikkan gambar yang asli itu 4 tahun yang lalu, cuba untuk memberi penjelasannya.
TIDAK MATANG DAN BODOH
Leo yang menggunakan nama @dazz.lynn di Instagram, memberi ulasannya.

Sumber: Instagram
Beliau berkata bahawa gambar itu adalah untuk meraikan hari jadi teman mereka, Dineru.

Sumber: Instagram
Walaupun pada asalnya mereka mempunyai “niat yang baik” untuk bergurau senda dan telah mendapatkan keizinan Dineru sebelum gambar itu diambil, Leo sedar akan kesilapannya menghebohkan stereotaip. “Blackface” yang mereka paparkan juga menunjukkan bahawa mereka tidak peka terhadap perasaan bangsa lain.
Beliau meminta maaf untuk dirinya dan juga bagi pihak kawan-kawannya. Dia juga berharap orang awam akan mempertimbangkan kematangan mereka sebagai remaja pada ketika itu dan jangan mengecam mereka.
Dalam masa yang sama, dia juga menjemput sesiapa pun untuk membincangkan tentang isu perkauman terutama sekali pergerakan “Black Lives Matter” yang sedang tular.
USAHA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

Sumber: Instagram
Leo melakukan apa yang dia mampu untuk menebus kesalahannya.
Malah, seorang netizen memberi cadangan untuk dia gunakan “Chinese Privilege” untuk menyebarkan mesejnya supaya orang boleh sedar tentang “racism” dalaman mereka.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram
Ada yang boleh memahami situasinya dan menyokong usahanya.

Sumber: Instagram
Ada juga yang membangkangnya kerana berkelakuan sedemikian selepas ditangkap. Namun, dia tegas dengan pendiriannya untuk bertanggungjawab dan untuk membaiki keadaan itu.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram
Yang menghairankan, ada yang mengatakan bahawa Leo tidak bersalah. Namun, dia masih mahu belajar dari kesilapan.
Luahan wartawan: To be honest, aku respect apa si Leo ni buat. It takes balls to own up and actually work on the issue when everyone is out to have a go at you.
Although I can understand yang dia buat ni sekarang to make up for his mistake and he is remorseful…
Kenapa eh, kene tunggu sampai orang call out kat Twitter baru buat macam gini?
Kenapa kene tunggu for a global phenomenon baru you want to be the “voice” and help to advocate against such heinous acts?
Kenapa setakat dia seorang yang nak minta maaf but the other 9 people can’t be arsed to do shit? Shouldn’t it be a collective effort?
I don’t know, this feels like a PR move and its strange why it would take you 4 years to realise such a mistake when it has been going on for a long, long fucking time.
You are sorry because you got caught or you are sorry because you really mean it?
Whatever it is, husnuzon. At least you man up.

Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...