Bekas Pelajar ‘Backing’ Cikgu Hwa Chong Yang Ditangkap Kerana Kesalahan Dadah
Christopher David Burge, 67, bekas guru Hwa Chong Institution dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan setelah didapati bersalah dalam kes mengambil dadah.
Burge, seorang warga negara British mula mengambil dadah “Ice” selepas terlibat dalam kemalangan di UK yang meragut nyawa bapanya sendiri. Peguam bela beliau mengatakan jiwa Burge terganggu akibat nahas jalan raya tersebut dan itu telah menyebabkan perangai luar biasanya.
Beliau juga mengaku akan terus mengambil “Ice” jikalau tidak diserbu CNB dan diberkas.
Namun begitu, seorang bekas pelajar Burge mengatakan bahawa beliau seorang guru yang bewibawa.
Ramai diantara kalangan warganet bersimpati dengan keadaan mental Burge.
Ada juga hairan dan sedih terhadap tabiat buruknya sebagai seorang guru yang disayangi dan sanjungi oleh bekas pelajarnya.
Walaupun pengambilan dadah Burge tetap salah, ia terserlah bahawa beliau seorang guru berdedikasi dan telah menyentuh hati setiap pelajar yang pernah belajar dari nya.
Mungkin kemurungan telah menyebabkan Burge untuk terus mengambil dadah dan lama kelamaan, ia menjadi aktiviti yang menyeronokkan.
Jangan sesekali berpaling kepada dadah sebagai penawar hati. Dadah adalah haram dan ia akan membawa padah.
Luahan Wartawan: Dadah akan menghancurkan segala-galanya termasuk pencapaian peribadi dan professional seseorang.
Aku simpati dengan dia. We don’t know his mental state because we are not living his life. He probably considers himself a murderer eventhough it was an accident.
What he did is wrong but his efforts as a teacher who touched hearts shouldn’t be discredited. He needs support and rehabilitation, to see his ex-students sing praises and praying for him is heartwarming.
Comments