Bayi Dilempar Keluar Tingkap Tingkat Empat
Seorang bayi mengalami kecederaan otak setelah dilempar keluar dari tingkat empat di sebuah flat persiaran di Georgetown, Penang.
Menurut laporan Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden A.A Anbalagan, bayi berkenaan juga mengalami keretakan pada tempurung dan kecederaan hati.
“Maklumat daripada doktor mendapati bayi itu mengalami kecederaan berikut dengan luka sepanjang dua sentimeter di kepalanya.
“Dimaklumkan bahawa bayi itu akan dirujuk kepada pakar dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya kepada Berita Harian Malaysia kelmarin (14 Mei).
Sumber: Harian Metro
Kakitangan perubatan merawat bayi sejurus mendapat panggilan daripada penduduk setempat.
Kejadian tersebut terjadi pada 8 pagi,13 Mei setelah ibu kepada bayi, seorang remaja 18 tahun, menghumbannya keluar menerusi tingkap.
Takut jikalau keluarganya, yang kini menetap di Kelantan, tahu akan kehamilannya, pembantu kedai itu didakwa berbuat demikian sejam setelah melahirkan anaknya dalam tandas tanpa bantuan sesiapa.
Penduduk flat berkata mereka telah mendengar dentuman kuat sebelum menemui bayi tersebut di aras satu.
Berdasarkan laporan New Straits Times, teman lelaki kepada wanita tersebut telah diberkas setelah dia tampil kepada polis.
Kedua-dua ibu dan bayi berada di HPP dan dilapor stabil.
Luahan wartawan: Hello it’s 2020 already. Tak ke kau tahu akan penggunaan sarung beberd? Tak ke kau tahu bahawa kau boleh telan pill kalau tak nak mengandung? Tak ke kau tahu akan kewujudan perbadanan yang boleh foster anak kau?
Abort awal-awal tak nak. Dah tunggu budak tu keluar baru ‘Oh I takut my parents marah I ada anak luar nikah.’ Abeh buang luar tingkap. Tak sly langsung.
Orang maybe akan kecam aku for thinking abortion is okay. But come on lah. Buang janin or buang anak yang dah cukup sifat? Senang gini. If kau tanak decide, jangan mantat in the first place.
Comments