Bayi Dalam Kulit Album Nirvana Saman Band Sebab Gunakan Gambarnya
Spencer Elden, yang merupakan bayi pada kulit album ‘Nevermind’ keluaran Nirvana pada 1991, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan tersebut atas tuduhan eksploitasi seksual dan pornografi kanak-kanak.
Menurut peguam Elden, Robert Y. Lewis, gambar tersebut bukan sekadar memaparkan alat sulit Elden, yang ketika itu berusia empat bulan, malah turut memperlihatkannya sebagai seorang ‘pekerja seks’ disebabkan wang nota yang telah disunting masuk.
Sumber: Nirvana
Natijahnya, Elden kerap melalui tekanan emosi melampau yang telah mengganggu pembesarannya serta pendidikannya, sehinggakan dia sering memerlukan rawatan psikologi.
Kini berusia 30 tahun, Elden menuntut ganti rugi berjumlah sekurang-kurangnya US$150,000 (S$203,200) daripada setiap 15 defendan.Antara mereka termasuk ahli-ahli Nirvana yang masih hidup, Dave Grohl dan Krist Novoselic; pemegang harta mendiang Kurt Cobain serta bekas isterinya, Courtney Love; dan jurugambar Kirk Weddle.
Dave Grohl, Kurt Cobain and Krist Novoselic. Sumber: PA
Meskipun mengambil semula gambar tersebut usai menjelang dewasa dan mecacahkan ‘Nevermind’ pada dadanya, Elden mendedahkan bahawa dia sebenarnya “sudah penat” mengaitkan dirinya bersama kumpulan itu ketika ditemu ramah GQ Australia pada 2016.
Elden memetik semula gambarnya sebagai remaja dan dewasa untuk menyemarakkan ulang tahun ke-10, 20 dan 25 ‘Nevermind’.
Sumber: Splash News
Dalam pada itu, dia berkata bahawa dia “tidak ada pilihan” ketika gambarnya digunakan dalam album 1991 Nirvana.
Malah, penggunaan gambar tersebut didakwa tidak memiliki persetujuan ibu bapanya.
Setakat ini, Nirvana belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Luahan Wartawan: I will feel fucked siak kalau aku Nirvana. Aku baru nak lek lek, sekali timbul controversy. Tiber kene saman for something that I did 30 years ago. Apekah. Actually, this guy should saman his parents sekali for even allowing entah siapa untuk amek gambar dia naked.
Deni pun satu. Dah bertahun baru kau realise kau actually tak suka. IDK man this doesn’t add up.
Listen to Plan B’s Podcast this week!
Comments