top of page
Writer's pictureLintah Darah

Bayi 16 Bulan Meninggal Dunia Didera Ibu Bapa Angkat, Pankreas Pecah, Lebih 800 Video Dera Dirakamka


Bayi 16 Bulan Meninggal Dunia Didera Ibu Bapa Angkat

Seorang bayi yang berumur 16 bulan di Korea Selatan telah meninggal dunia akibat didera oleh kedua ibu bapa angkatnya yang bernama Jang dan Ahn.

koreaboo.com

Sumber: koreaboo.com


Menurut ibu angkatnya Jang, bayi itu yang bernama Yang Jung-In, meninggal akibat terjatuh daripada gendongannya ketika di rumah dan tidak dapat diselamatkan setelah tiga kali serangan jantung di hospital.


Namun begitu, pihak polis telah mendapati banyak kejanggalan apabila otopsi dilakukan.

ohbulan.com

Sumber: ohbulan.com


Setelah siasatan lanjut dilakukan oleh agensi National Forensic Service, mereka mengesahkan bahawa Yang Jung-In meninggal dunia akibat pankreas nya yang pecah akibat hentaman yang kuat.


Badan si kecil itu juga penuh dengan lebam dan luka. Agensi tersebut juga mendapati bahawa Yang Jung-In didera sejak beliau berumur 8 bulan.

bobaedream.co.kr

Sumber: bobaedream.co.kr


Menurut laporan polis, apabila Jang diberkas, polis mendapati lebih daripada 800 rakaman video dan gambar yang menunjukkan beliau mendera Yang Jung-In di dalam handphone nya.

stop, that is revolting

Apa yang membuat masyarakat Korea Selatan berasa lagi marah apabila berita ini tersebar adalah keluarga ini pernah muncul di kaca televisyen di salah satu rancangan Korea Selatan yang memaparkan mereka sebagai keluarga yang menginspirasi kerana mengambil Yang Jung-In sebagai anak angkat.

mengambil Yang Jung-In sebagai anak angkat.

oreaboo.com

Sumber: koreaboo.com


Selain itu, masyarakat Korea Selatan juga mengecam pihak polis kerana tidak membuat tindakkan terlebih awal lagi walaupun sudah beberapa kali laporan mengesyaki kederaan atas Yang Jung-In telah dibuat.

sudah beberapa kali laporan mengesyaki kederaan atas Yang Jung-In telah dibuat

Laporan pertama dibuat oleh pusat penjagaan harian Yang Jung-In pada Mei 2020 dan laporan kedua dibuat oleh kawan ibu bapa angkatnya pada Jun 2020 yang terjumpa Yang Jung-In keseorangan diri ditinggalkan dalam kereta.


Laporan ketiga pula dibuat oleh seorang pakar pediatrik yang mengesyaki Yang Jung-In didera kerana kekurangan zat makanan di badannya.


Namun begitu, pihak polis menutup ketiga-tiga kes ini atas kekurangan bukti.

seriously

Pihak polis Korea Selatan telah pun meminta maaf secara rasmi atas kecuaian mereka ketika mengendalikan kes ini pada mulanya.

Pihak polis Korea Selatan telah pun meminta maaf secara rasmi atas kecuaian mereka ketika mengendalikan kes ini pada mulanya

Jang akan didakwa di mahkamah pada 13hb Januari atas tuduhan membunuh secara tidak sengaja diakibatkan penderaan kanak-kanak manakalah Ahn pula akan didakwa atas tuduhan penderaan dan kecuaian ketika menjaga kanak-kanak.


Luahan Wartawan: Nak panggil ni dua orang binatang is an insult to animals. Binatang pun sayang anak. Sampai hati dera budak cute macam gitu. The thing is, they have an older child, even! And the fact that she recorded all the abuse and kept it in her phone? Eh ni da sick tahap maksima sey ni. I hope and pray that they will feel the full brunt of the law.



Podcast Plan B minggu ini!




Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page