top of page
Writer's pictureChap Chai

Banyak Tempahan Pelanggan Tertunggak, Sofra Menyalahkan Hari Ibu


Banyak Tempahan Pelanggan Tertunggak

Sempena Hari Ibu (10 Mei), para suami dan anak-anak sibuk merancang dan membuat persiapan untuk meraikan hari istimewa itu.


Lebih-lebih lagi dalam keadaan pemutus jangkitan (CB) dan bulan Ramadhan, ramai yang memilih untuk memesan makanan dalam talian.


Namun, bagi sesetengah keluarga, perancangan mereka musnah angkara sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.


SOFRA MENIPU PELANGGAN

SOFRA MENIPU PELANGGAN

Sofra Turkish Cafe & Restraunt kini dicela di Facebook dan Instagram setelah ‘menghilangkan diri’ daripada para pelanggan yang telah memesan makanan menerusi laman dan talian Whatsapp mereka.


Disebabkan mereka, para pelanggan bukan sahaja tidak dapat menyambut Hari Ibu, malah ada yang tidak dapat berbuka puasa pun.

nadya_rizky27
tarraa14_juz
milinnis

Malah, sebilangan pelanggan yang membuat tempahan seawal Jumaat (8 Mei) untuk juadah berbuka hari ini, juga tidak menerima makanan mereka.

Shaikhah Fairiya Alkhatib
Tati Hussain

SOFRA TAK ANGKAT PANGGILAN

ring

Rata-rata, pelanggan juga berkata pihak Sofra tidak mengangkat panggilan mahupun menjawab kiriman mesej mereka.


Hanya segelintir yang ‘bernasib baik’ dilayani Sofra.


Akan tetapi, pelanggan-pelanggan ini juga dipulaukan pada akhirnya.

_drakones
Trevis Tan

ALEX JUGA DITIPU

ALEX JUGA DITIPU

Pengasas bersama OKLETSGO, Alex, juga antara pelanggan yang ditipu Sofra.


Pada 5:30 pagi semalam (10 Mei), Alex memesan beberapa juadah dari restoran Turki ini.


Setelah mendapat pengesahan daripada pihak Sofra menerusi Whatsapp pada 10:59 pagi, Alex membuat pembayaran $127.10 melalui PayNow.

Selepas pemakluman pembayaran dibuat pada 1:24 petang, Sofra menyepikan diri.

Selepas pemakluman pembayaran dibuat pada 1:24 petang, Sofra menyepikan diri.


“Saya telefon mereka bertalu-talu tetapi mereka tak angkat langsung. Mesej saya pun tak dibalas. Mereka pun tak update apa-apa,” kata Alex.


SOFRA MINTA MAAF

SOFRA MINTA MAAF

Namun, pos tersebut hanya membuat Alex bertambah geram.


“Hampa sekali. Saya menyokong Sofra sejak 2005. Ini bukanlah permohonan yang dimahukan oleh seorang pelanggan setia dan tidak berpuas hati,” luah Alex, yang memesan juadah dari Sofra sebagai hadiah Hari Ibu buat isterinya.


“Hal ini boleh ditangani dengan lebih baik,” tambah Alex, yang terpaksa memakan baki makanan kelmarin sebagai jamuan berbuka puasa.


Luahan wartawan: Tak boleh manage, cakap tak boleh manage. Takkan tak kira orders. If you’ve reached your limits, close orders lah. Kalau last minute tak cukup manpower, bilang customer awal-awal. Sekurang-kurangnya, customers boleh buat other plans sebelum buka. Dah buat salah, end up kasi apology macam gitu. It’s not even heartfelt. Budak 11 tahun pun boleh tulis apology tu macam.


Tak kesian ke kepada customers yang nantikan makanan dorang? Ada yang setakat minum air jer tau. You know today is a special day. How can you do this to your customers? They trusted you and this is what you do.


I don’t think it’s about compensation tau. Kau kasi makanan tu esok sekali pun with extra dishes, the feeling will be different already. I bet husbands and children are pissed sebab after planning and spending so much, dorang tak dapat make their wife/mum happy on Mothers’ Day. Ya whatever ‘every day is Mothers’ Day’. But kan feeling dia lain kalau kau celebrate an occasion after the actual date. Macam celebrate raya on 10 Syawal. Masih rasa special ke? Cash refund sounds better.


Join komuniti Plan B di Telegram dan Instagram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page