Bantuan Mencurah Untuk Que, Setelah Hilang HBB
- Belalang Biru
- Apr 30, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 15, 2024

Kisah Que Mazlan yang diudarakan di podcast OKLETSGO semalam (29 April), menggerakkan hati para pendengar untuk menguhulurkan bantuan kepadanya.
Sudahlah jumlah pesanan makanan dan penumpang Grab merosot, kini, bisnes kecil-kecilannya yang dilakukan bersama isteri juga terpaksa dihentikan.

Kedua-dua pekerjaan tergendala. Sumber: Response.jp & Simple Recipes
Walhal sebulan lalu, Que berkata pendapatan yang diraih daripada penjualan ‘shepherd pie’ cukup untuk menyara dia dan isteri, anak empat tahun mereka serta bapa mertua yang menghidapi barah otak.
BANTUAN DARIPADA OLG FAMILY
Menyusuli rintihan Que, pendengar setia terpusu-pusu menghantar kiriman ‘direct message’ (DM) kepada ketiga-tiga podcaster untuk memberi pertolongan kepada lelaki 33 tahun itu.
Majoriti daripada mereka ingin menyalurkan wang untuk meringankan beban Que, yang juga bakal menimang cahaya mata kedua.



Ada juga yang hendak membeli bahan-bahan basah daripada Que.

Siti (tengah) bersama rakan-rakan seperjuangan dari SitiMusZaiDeanBatisahBros, yang juga dikenali sebagai The A Team.
“Saya dah suami faham perasaan Que. Kami berdua juga ‘self-employed’ dan suatu ketika dahulu, kami juga seperti Que. Jadi kami tahu ‘anxiety’ yang sedang dihadapinya,” kongsi Siti.
Dengan kerjasama rakan suaminya, mereka bertiga sedang berusaha untuk mencari ‘legal space’ agar Que dapat meneruskan perniagaannya.
“Kami tak nak Que tertekan dengan keadaan yang sedang dilaluinya,” tambah ejen hartanah itu.
Newsdesk mendoakan agar urusan para peniaga dipermudahkan.
Untuk mendengar podcast kami mengenai topic ini, click link dibawah ini:
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...