Bakal Suami Menuntut Setengah Jumlah Hantaran RM25,000 Untuk Buat Dua Majlis
Sumber: Meezatul Blogspot
Meroyan seorang wanita ketika diminta bakal suaminya untuk mengongsi duit hantaran agar dapat mengadakan majlis di kedua-dua pihak, daripada satu majlis di pihak wanita sahaja.
Ujar wanita yang menuntut hantaran RM25,000 (S$8168.52) daripada bakal suaminya, “hatinya dirobek-robek” apabila suaminya membangkitkan hal berkenaan.
“Bulan depan, saya bernikah dengan hantaran RM25,000 sahaja. Tetapi (bakal) suami nak adakah dua majlis, di tempat saya dan tempat dia.
“Saya kata, kalau nak dua majlis, tambahlah duit kerana RM25,000 itu hak saya,” luah wanita ini.
Jelasnya, bakal suaminya cuma membawa pulang gaji sebanyak RM1,000 setelah menolak pembayaran bagi kereta dan rumah.
Justeru, dia cuma layak menerima pinjaman wang RM25,000.
Bagi menyelesaikan hal ini, wanita berkenaan menyuruh bakal suaminya untuk meminjam duit daripada bakal ibu mertuanya.
Namun demikian, bakal ibu mertuanya turut menyarankan agar wanita ini mengongsi jumlah hantaran.
Memandangkan tiada siapa yang memihak kepadanya, wanita ini mengemukakan cadangan untuk menangguhkan perkahwinan mereka pada tahun depan, agar bakalnya mempunyai masa untuk mengumpul lagi RM10,000, dan supaya maruahnya sebagai seorang wanita dijaga.
“Hati saya dirobek-robek. Hak saya diperkosa. Saya tak boleh terima semua ini. Saya sedih diperlakukan begini.
“Patutkah saya batalkan semua ini? Saya ada harga diri!”
Pos asal.
REAKSI WARGANET
Bingung membaca perkongsian wanita ini, ramai yang menyuruhnya untuk kembali ke sekolah menggunakan wang hantarannya agar dapat membezakan ‘welding’ (mengimpal) dengan ‘wedding’ (perkahwinan).
Welding. Sumber: Azom
Anak : Mama, perkahwinan orang putih panggil apa? Her : Welding, sayang. Anak : Ohhh camtu. Kalau mengimpal diorang sebut apa pula? Her : Wedding, sayang. Anak : ……………. Mama isap apa ni bak sket — hwhdu exhausted (@sayzal1) August 4, 2020
Warganet turut menggesa agar perkahwinan mereka dibatalkan.
I rasa u batalkan je sebab nnti laki u mesti menyesal kahwin dgn u — محمد ميرزا (@mirzayhyh) August 4, 2020
Isu wanita ini juga memperingatkan warganet untuk bertolak ansur dalam sesebuah hubungan.
Adakah patut mereka berkongsi RM25,000? Atau tangguhkan sehingga bakal suaminya mempunyai cukup wang untuk adakan majlis sendiri?
Luahan wartawan: Kau sendiri kahwin pakai duit bakal laki kau, ada hati nak kata hak diperkosa. Tak tau nak compromise ke apa? Tak kesian ke suruh bakal kau save lagi 10 ribu, just to get married to a woman like you? ?
Time time COVID pun nak ada majlis besar-besaran. Kecik-kecik sudah lah nanti penyakit lagi satu cerita. 25 ribu tu buat combine wedding sudah. Kalau susah sangat nak make decision, aku suggest tu lelaki cari bini baru jer. Sebab yang current ni macam siow siow a bit. Annoying hati dirobek-robek konon aku tampar jugak.
Sebagai seorang wanita, aku malu tengok perempuan jenis macam ni. Pergilah cari kerja. Cari duit sendiri. Jangan nak habiskan harta orang jer dasar pemalas!
Comentários