Babi vs Pengkhianat
“Babi! Pengkhianat! Babi! Pengkhianat!”
Begitulah situasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semasa berlangsungnya persidangan pada 9:30 pagi semalam (11 Mei).
IDRIS MEMPERLEKEHKAN OMAR
Idris (kiri) menghina Omar (kanan). Sumber: The Star
Kurang 30 minit sejak persidangan dijalankan, Datuk Seri Idris Haron (UMNO) mendakwa Datuk Wira Omar Jaafar (PH), Speaker DUN, tidak layak memegang status tersebut kerana majoriti ahli Dewan tidak lagi menyokongnya, lapor Berita Harian Malaysia.
ACARA MAKI BERJEMAAH
(Dari kiri) Idris, Omar dan Norhizam. Sumber: The Star
Sementara Idris berdebat dengan Speaker, sebuah lagi pertengkaran tercetus antara Datuk Norhizam Hassan Baktee (PN) dan Low Chee Leong (DAP).
Berikut merupakan transcript bagi video pertama.
Norhizam: Lahanat!
Low: Lu tak da ingat kah?
Norhizam: Lu kenapa lu? Lu lanCAU kapaaa?
Low: Apa lu cakap? (hentak meja)
Calefare lelaki: YB…YB…(tangan digerakkan dari atas ke bawah, seolah menyuruh Idris untuk bersabar)
Saksikan KL Gangster versi Melaka di sini:
Ini pula transcript bagi video kedua, di mana mereka hanya melontarkan kata-kata kesat dalam bahasa Melayu.
Norhizam: Muka macam babi!
Low: Lu cakap mari sini!
Norhizam: Lu caKAP mari sini!
Low: Bodoh!
Norhizam: Bodoh!
Low: Pengkhianat!
Norhizam: Babi! Babi babi babi babi!
Calefare perempuan: Speaker!
Omar: Tarik balikkk! Tarik balik!!!
Makian yang sama diulang-ulang sehingga kedua-dua pihak puas memaki.
Ada juga beberapa dialog ekstra daripada beberapa calefare lain yang berkata ‘barua’ dan ‘ini perangai kerajaan baru ke?’.
Akan tetapi, calefare favourite wartawan ialah lelaki ini, yang try hard sepanjang pergelutan tersebut:
Peluang menjadi viral!
Pada awalnya, dia dengan bangganya merakamkan pergaduhan tersebut.
Namun untuk tampak lebih relevan, dia berubah fikiran lalu menyertai pergelutan itu.
Bergaduh bersungguh-sungguh. Tapi tak rasa Speaker boleh dengar apa yang dikatakan…
Saksikan pergaduhan Pengkhianat VS Babi di sini:
SPEAKER DIPECAT
Speaker baru DUN, Rauf.
Pada akhirnya, kedudukan Omar sebagai Speaker digugurkan.
Kini, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Speaker DUN setelah mendapat sokongan 16 daripada 17 ahli PN.
Wakil pembangkang tidak hadir semasa undian dijalankan.
Luahan wartawan: Tak faham. Confuse. Kenapa kena marah-marah? Aku legit confuse gila. Aku tak tau apa nak cakap dah.
Comments