top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Aura Menjadi Auta. Da'i Farhan Bercerai Lagi


Dai Farhan Bercerai Lagi

Tidak mampu berjauhan dengan anak-anak yang dihasilkan daripada perkahwinan pertamanya, Da’i Farhan menceraikan isteri keduanya, Dr Erin, pada hujung April lepas.


RUJUK KEMBALI

Da’i Farhan bersama isteri pertama

Da’i Farhan bersama isteri pertama, yang diceraikan sewaktu dia sarat mengandung.


Menurut Erin, atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi,  Da’i Farhan telah merujuk kembali dengan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada Februari lalu.

“Pada 11 Februari, saya mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya, ustaz cakap dia tak boleh berjauhan dengan anak-anak,” ujar Erin di Instagram (@drholisw).


ERIN MINTA DILEPASKAN

Erin juga diceraikan ketika sedang hamil

Erin juga diceraikan ketika sedang hamil.


Melihat kerenah bekas suaminya, Erin bertemu dengan bekas isteri pertama Da’i Farhan dan ibunya untuk menyerah kembali lelaki itu kepada mereka.


“Pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh. Tapi dengan menceraikan saya sebab mertua dia takkan bagi anak dia bermadu.


“Saya mengalah dan tak harapkan apa-apa daripada ustaz. Cuma menunggu masa nak diceraikan sahaja.”

Erin dan bekas suami bersama 3 daripada 8 anak Erin

Erin dan bekas suami bersama 3 daripada 8 anak Erin.


Nyata janda anak lapan itu, dia minta diceraikan sejak Februari namun, ada saja perkara yang menghalang mereka daripada berpisah.


Enggan berlengah lagi, Erin nekad minta dilepaskan pada bulan Ramadhan ‘demi kebaikan semua’.


“Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on.”


TIDAK MAHU ADA KAITAN DENGAN DA’I

Waktu bercinta di tanah suci

Waktu bercinta di tanah suci November lepas.


Meskipun hamil dengan anak Da’i Farhan, wanita 40 tahun itu enggan dikaitkan dengan ustaz 30 tahun itu lagi.


“Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan ustaz dengan saya. Apa-apa yang saya post adalah atas diri saya sendiri, yang hina ini, yang baru nak dapat hidayah ini. Sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.


“Biarlah ustaz jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan.”

Auta ke-19. Maaf. Aura ke-19 ditemui di tanah suci.

Auta ke-19. Maaf. Aura ke-19 ditemui di tanah suci.


“Saya terima lamaran ustaz dulu kerana ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam diri ustaz. Masa itu, saya sangat berharap ustaz boleh membawa saya ke syurga,” catat Erin.


Dia turut meminta maaf kepada mana-mana pihak yang terluka sepanjang perkahwinannya dengan Da’i Farhan.


Luahan wartawan: What in the hello? Suspect kuat dekni kahwin cerai sebab dia tak ada hati nak mantat dengan perempuan yang tengah pregnant. Nak ada scandal kan berdosa. Nak bermadu, mak mertua tak kasi. Jadi dia ceraikan yang pregnant, kahwin lagi satu. Yang baru tu pregnant, dia cari yang lama.


Yang perempuan ni pun satu. Suka jadi bahan? For what nak rujuk balik? Dia buat kau macam sampah siak girl. Girl, dia dah lah tak handsome, perangai macam taik, tu pun kau terima balik?


Sis Erin, tak payah kahwin sudah lah. Lagi brape tahun danak menopause. Nafsu pun takde lagi dah lepas tu. Focus besarkan anak jer lah. And aku tak faham. Rindu anak-anak terus kena kahwin balik? Apekelanjiao. Nak mantat cakap nak mantat.


Join komuniti Plan B di Telegram dan Instagram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page