top of page
Writer's pictureLintah Darah

Aunty Ini Dirakamkan Memberikan $50 Kepada Setiap Pekerja Asing


nenek memakai baju merah dan membawa wang

Tanpa diduga, sekumpulan pekerja asing di daerah Admiralty diberikan kejutan manis oleh seorang wanita yang hanya dikenali sebagai “Auntie”.


Dalam kejadian ini, yang berlaku di 10 Admiralty Road East semalam (27 Julai), Auntie dirakam menyerahkan $50 kepada beberapa pekerja buruh yang sedang berehat di tepi jalan.


nenek memakai baju merah dan membawa wang

Antara penerima pemberian Auntie ialah perakam video ini sendiri, yang menggunakan nama samaran AdiWarna82, di TikTok.


Menerusi TikTok warga Malaysia itu, Auntie dilihat membawa beberapa beg kanvas serta sebungkus sampul putih yang diisi dengan kepingan $50.


Dia kemudiannya menghulurkan sekeping nota $50 kepada setiap pekerja yang sedang berehat di kawasan tersebut.

nenek memakai baju merah memberi wang kepada orang lain

Berdasarkan video yang dimuat naik, terdapat lebih 10 pekerja asing di sekitar kawasan itu.

nenek memakai baju merah memberi wang kepada orang lain

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama Auntie bersedekah kepada para pekerja asing.


REAKSI WARGANET


Kemurahan hati Auntie telah menawan hati warganet.


Setakat hari ini, video tersebut telah melampaui 149,000 tontonan dan meraih lebih 1,200 komen.


Ramai yang menyifatkan Auntie sebagai seorang insan berhati mulia.

komen netizen facebook

Ada juga yang memuji Auntie kerana “tidak pilih bulu” ketika bersedekah.

komen netizen facebook

UCAPAN TERIMA KASIH


Terharu akan pemberian Auntie, AdiWarna82 pula mendoakan agar perbuatannya dibalas dengan kebaikan.

uang 50

“Pasti ada yang kenal Auntie ni, yang selalu bagi rezeki tak kira di mana jua kita berada, dia akan bagi,” ungkap AdiWarna82 dalam video TikToknya.


“Semoga beliau menerima ganjaran daripada Allah, dan sama-sama kita doakan agar beliau sihat selalu. Terima kasih.”


Luahan Wartawan: Wei, dia hand out $50 macam kasi gula-gula. Hats off to you, auntie. May your actions inspire more Singaporeans to be nicer to others


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


Komentarze


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page