top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Ateeqah Hanya Tampil Beberapa Minit Di Livestream Sujimy


Ateeqah Hanya Tampil Beberapa Minit

Ateeqah Mazlan.


Tiada mukadimah yang diperlukan bagi menerangkan siapakah wanita ini.


Setelah mengharu-birukan media sosial dengan videonya, pelakon-influencer ini menyepikan diri daripada wadah-wadah media sosial buat beberapa hari

Ateeqah Mazlan

Petikan skrin daripada video viral Ateeqah, di mana dia menghubungi HDB tentang isu penjualan dari rumah.


Dan pastinya, saga ini merupakan peluang keemasan bagi golongan ‘content creator’, yang terpusu-pusu menghubungi Ateeqah untuk mendapatkan ‘scoop’ — termasuklah wartawan kami sendiri.


Namun, pertanyaan wartawan kami ‘di-blue tick’ sejak sahur 26 April, hinggalah senja hari berkenaan.


Malah, yang menjawab mesej wartawan pun bukanlah Ateeqah, tetapi Effen.

Barangkali personal assistant Ateeqah

Barangkali personal assistant Ateeqah.


Pada akhirnya, Ateeqah memilih untuk bersuara di ‘Facebook live’ pengasas ScreenBox, Sujimy Mohamad.

Sujimy’s got the tea.

Sujimy’s got the tea.


‘Live’ yang dijalankan pada malam 27 April itu menjana sebanyak 43,500 tontonan —  sekurang-kurangnya sewaktu Ateeqah diwawancara.


Setakat pagi 29 April, ‘live’ tersebut, secara keseluruhan, telah meraih 340,000 tontonan, 4,727 kongsian, 121,664 komen dan 15,600 reaksi.

Ramai yang marah.

Ramai yang marah.


Akan tetapi, kebanyakan warganet kurang senang dengan segmen 11 minit Ateeqah yang merangkumi permohonan maaf serta penjelasan.


Rata-rata, warganet berasa bahawa Ateeqah kelihatan ‘fake’ dan tidak ikhlas.

Norriaty Amad
Ariana Eleana
Naj Woodsen

Netizen tak bodoh.


Ada juga yang mendakwa bahawa sesi soal-jawab itu sudah pun dirancang terlebih dahulu.

Mohammad Noorirwan Abdul
Syu Husaini

Begitulah kehendaknya apabila seseorang itu ditemu ramah. Segala soalan dan jawapan dikemas kini agar ia berbunyi ‘politically correct’ dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Kecuali OKLETSGO. OLG dan Plan B sama. Kita raw.


Selepas segmen Ateeqah, jumlah tontonan menurun sedikit demi sedikit kerana isi kandungan membosankan. Wartawan kami turut keluar daripada ‘live’ tersebut untuk menghadam kenyataan bahawa dia telah ‘di-reject’ eeqa4president.


“Mentang-mentang aku bukan Sujimy…” luah wartawan.


Kesimpulannya, warganet tetap membenci Ateeqah.


Dalam pada itu, Sujimy juga dicaci kerana mengundang Ateeqah.


In fact, sehari sebelum ‘live’ berlangsung, warganet sebulat suara mengatakan bahawa mereka akan boikot rakaman tersebut.

Boycott

Ni semua berbual world. Last-last tengok jugak. Termasuk aku.


Majoriti daripada golongan yang menghentam Sujimy juga menggangap undangan tersebut sebagai ‘marketing strategy’ untuk menaikkan ‘rating’ salurannya.

Zulkarnain Ismail
Azlan Aziz
Ay Sahimi

Walau bagaimanapun, veteran itu menyangkal tohmahan warganet dan apparently, rakan-rakan media juga.


“Untuk pengetahuan semua, saya memang tergerak untuk membuat ‘live show’ ini with or without Ateeqah.


“Bagi rakan-rakan media saya yang mengatakan saya nak ‘ratings’, saya nak ‘viralkan’ benda, seperti yang anda tahu, anda sendiri sudah ‘viralkan’ video-video saya sebelum ini. Saya tak perlu itu semua,” jelas Sujimy.

Saya tak perlu itu semua

Wartawan berpendapat bahawa ada logik di sebalik penjelasan Sujimy. Walau apapun hajat sebenar Sujimy, Sujimy has won this battle (in some way) kerana Ateeqah Mazlan memilihnya daripada media lain. Penonton pun lowkey nak dengar penjelasan Ateeqah. Jangan bedek.


See, meskipun Ateeqah cuma ingin bersuara di saluran Sujimy, wadah lain tetap ‘cover’ cerita Ateeqah untuk kekal relevan.


Yang tak ‘cover’ cuma ‘traditional media’. Macam TV, surat khabar, radio tu semua. Dah terlebih relevant lah tu. Or maybe sebab dah terlebih complacent.

We will never die

Katanya…


Di manakah satu-satunya akhbar Melayu tempatan? Ke mana mereka menghilangkan diri selepas mengeluarkan artikel yang telah menghangatkan lagi keadaan?


Mungkin terlalu sibuk meroyan di Instagram masing-masing setelah rakyat mengutuk mereka? Hmm kata professional reporters. Suck it up then.

Hmm kata professional reporters. Suck it up then

Tiada stesen radio atau televisyen menemubual Ateeqah sedangkan dia berasal dari industri tersebut.


Mungkin kerana terlalu seronok membalas pantun pendengar.

Laughing

Adakah kerana mereka takut dikecam — seperti mana warganet mengkritik akhbar tempatan?


Atau kerana mereka enggan melibatkan diri dengan seorang ‘bekas pelakon’? Ya kawan-kawan..Ateeqah Mazlan tiber jadi ex-actress…

Ateeqah Mazlan tiber jadi ex-actress

Anda pening? Wartawan juga pening.


Kesimpulannya, Ateeqah tetap rasa dia betul, ‘ratings’ Sujimy naik, ‘traditional media’ tak ada pendapat tentang hal ini, dan wartawan masih terkilan bahawa dia tidak dapat korek cerita daripada Ateeqah.


Wartawan juga kempunan kerana perniagaan tahu begedil dihentikan sebelum dapat dia mencuba gorengan tersebut. Semoga HBB dapat diteruskan dalam masa terdekat.


Untuk mendengar podcasts kami mengenai topic ini, click link dibawah ini:

Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page