top of page
Writer's pictureChap Chai

Asisten Komisioner Tunjuk Ihsan, Hulur Bantuan Kepada Wanita Yang Terpaksa Curi Makan Dan Keperluan


Asisten Komisioner Tunjuk Ihsan

Nik Ezanee Mohd Faisal, Asisten Komisioner PDRM Petaling Jaya menjadi perbualan hangat warganet kerana belas kasihannya terhadap seorang wanita yang terpaksa mencuri makanan dan “kool-fever” demi anak-anaknya.

makanan
Nik Ezanee Mohd Faisal

Wanita tersebut telah ditahan kerana gagal untuk membayar buat barangan yang diambilnya dari sebuah pasar raya. Nik Ezanee bersama Ibu Pejabat Polis Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menghulurkan bantuan kepada keluarga wanita tersebut yang terkesan akibat pandemik covid.

polis daerah petaling jaya

Sumber: Facebook

Menurut tweet yang dimuat naikkan Hafidzul Hilmi, anggota polis mengunjungi rumah wanita tersebut hanya semata-mata untuk menghulurkan sumbangan barangan keperluan buat keluarganya.

Hafidzul mengatakan lagi bahawa suami wanita tersebut tidak berkerja akibat pandemik covid dan terpaksa mencuri sekotak kool-fever kerana salah seorang dari anaknya mengalami demam.

Warganet kagum dengan belas ehsan Nik Ezanee dan pihak polis.

Warganet kagum dengan belas ehsan Nik Ezanee dan pihak polis

Ramai yang memuji keprihatinan Nik Ezanee terhadap masyarakat selaku ketua daerah.

Ramai yang memuji keprihatinan Nik Ezanee terhadap masyarakat selaku ketua daerah

Satu cadangan yang bernas.

Benar, terlalu ramai yang menghukum sesama manusia.

Ni la patutnya dijadikan contoh..bukan menghukum sesuka hati..kena siasat dlu kenapa dia mencuri..klu mencuri sesuka hati baru diberi hukuman — 伊西亚德 இர்ஷாட் إرشاد ?? (@irsyadeux) January 21, 2021

Syabas, Tuan Ezanee. Inilah perangai yang patut dicontohi ramai.


Luahan Wartawan: Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya, walaupun terpaksa mencuri. Naluri ibu tulen tu lain.

A mother's love never dies

Takde orang yang waras akan mencuri kool-fever saje-saje je. Tak semua orang mcm budak-budak tiktok yang gunakan kool-fever sebagai permainan.


Ya I know, no words.

Ya I know, no words.

Aku salute ni Tuan Ezanee, he knows he can make a difference and he did. More people should emulate him.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Kommentare


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page