“Artis Juga Manusia Biasa. Cari Rezeki Jugak” Aaron Aziz Kongsi Belen Akaun
“Ramai orang suka tayangkan kemewahan. Saya nak kongsi ke tak mewahan. Artist pun manusia biasa. Cari rezeki sama jugak. Bagi tips sikit boleh order makan apa eh dengan RM40 untuk 4 orang?”
Sumber: Instagram. Aaron Aziz
Sebuah gambar menayangkan belen akaun RM40 dimuat naikkan Aaron Aziz beberapa hari yang lalu menjadi topik perbualan netizen.
Aaron Aziz yang menjadi idaman ramai melalui drama “Cinta Bollywood” suatu ketika dahulu meletup apabila beliau membawa watak Malek dalam filem KL Gangster.
Dengan menggunakan #AbgCumaNakBagiSemangat dan #JgnKecamye, hashtag yang sinonim dengan Aaron, beliau meminta pendapat sambil memberi kata semangat kepada peminat-peminatnya.
Kesian Preity Zinta, kena cerai dek tak tau masak lemak cili api.
Mestilah ada akaun lain, ni Abang Malek tau.
Mungkin inilah sebabnya Abang Malek berg ni disayangi ramai, his sense of humour.
Dengan perkongsian itu, walaupun beliau disayangi dan diminati ramai sebagai artis, Aaron hanya ingin menunjukkan bahawa beliau adalah insan biasa.
Luahan Wartawan: Aku dulu gilakan juga ni Aaron Aziz zaman-zaman Cinta Bollywood tapi role yang paling ikonik aku rasa dia pernah bawak is Bob dalam Jeritan Sepi.
It was a simple fuckboi role but he played it really well.
At the end of the day, Aaron ni manusia biasa and he’s humble about it. Senang kata dia tak lupa daratan lah.
Comments