Aplikasi Terbaru Neelofa, TheNoor Berazam Untuk Mengambil Alih Tempat Muslim Pro
Baru-baru ini kecoh tentang aplikasi islamik antarabangsa Muslim Pro yang telah dilaporkan menjual data lokasi pengguna kepada tentera Amerika Syarikat. Hal ini menyebabkan ramai yang mengambil tindakan untuk memadam atau uninstall aplikasi itu kerana takut akan ancaman tersebut. Namun, pada 17 November, selebriti Malaysia popular, Neelofa telah memuatnaikkan sesuatu yang menarik di laman sosial media Instagram nya berkenaan dengan hal ini.
Sumber: hotfm.com.my
Pelakon dan pengacara itu telah memaklumkan di lelaman Instagram beliau akan melancarkan satu aplikasi islamik yang seiras fungsinya sama aplikasi Muslim Pro. Aplikasi ini diberikan nama TheNoor.
Walaupun fungsi dan kegunaannya belum lagi diberitahu secara lanjut, ia sudah mempunyai lelaman Instagram tersendiri yang sudah ada beberapa posting.
Sumber: Instagram
Ramai netizen membanjiri ruang komen di posting lelaman Instagram TheNoor dan juga Neelofa. Rata-rata mengharapkan bahawa aplikasi tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya seperti Muslim Pro atau lebih baik daripada itu.
Sumber: Instagram, Neelofa/TheNoor
Sumber: Instagram, Neelofa/TheNoor
Luahan Wartawan: What an amazing move by Neelofa to create this app just at the right moment during the kecoh-kecoh with the Muslim Pro app. Hopefully, this new app is able to replicate what Muslim Pro does. Even till now, I still cannot brain why is it that the US military would want to buy the data of its users. Suspicious kan…
Podcast Plan B minggu ini!
Comments