Anak Yatim Kumpul Pasir, Bina Rumah Sendiri
Itulah misi 3 beradik yang sedang bertungkus-lumus berusaha untuk mengubahkan impian mereka itu ke satu kenyataan.
PROSES PEMBINAAN
Ketiga adik-beradik itu, Mohd Hakim Hakimi Mohd Rusdi, 25, Mohd Haizu Naimi, 21 dan Nurin Amalin, 14 akan bergilir-gilir untuk mengambil pasir daripada sungai berdekatan dengan Kampung Panggong.
Sumber: BorakDaily
Pasir yang dikumpul itu akan dijadikan bata dan bahan untuk membina rumah di tapak tanah arwah nenek mereka.
Proses itu dimulakan semenjak 2 bulan yang lalu.
KEINGINAN UNTUK BERUSAHA DAN TIDAK MEMBEBANKAN SESIAPA
Mereka ingin bekerja keras kerana tidak mahu membebankan orang lain dan pada masa yang sama, mereka enggan menggunakan keadaan keluarga mereka sebagai satu alasan untuk tidak berjaya.
Arwah bapa mereka, meninggal dunia pada tahun 2010.
Ibu mereka, berkahwin semula.
Abang sulung mereka, Mohd Hafiz, 27 telah pindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja.
Disebabkan itu, mereka tinggal bersama ibu saudara dan arwah nenek mereka di Pasir Puteh, Kelantan.
Sumber: BorakDaily
Namun, selepas pemergian nenek mereka dan ibu saudara mereka yang mempunyai 4 orang anak, mereka bertekad untuk tidak menggangu kehidupan orang lain dan untuk berdikari.
PERMOHONAN UNTUK RUMAH
Oleh kerana peraturan PKP, pekerjaan Mohd Hakim seperti membaja dan menebang pokok turut diganggu.
Walaupun dibelenggu isu kewangan yang tidak membenarkan mereka untuk membeli simen serta permohonan bantuan rumah yang tidak diendahkan, ia tidak menghambat semangat mereka bertiga.
Sumber: BorakDaily
Malah, itu dijadikan sebagai satu pembakar semangat untuk bekerja lebih keras lagi demi mencapai impian mereka.
“Lagipun saya terfikir sampai bila nak menumpang orang. Bila arwah nenek bagi kami buat rumah atas tapak rumah pusakanya yang sudah ditinggal lama, jada saya ambil keputusan nak buat rumah sendiri dengan bantuan adik dan kawan-kawan…” kata Hakim.
Luahan wartawan: Bloody hell… This hits home for me man. Being an anak yatim myself (my dad passed away when I was young), I know how it feels like to be inadequate and not wanting to be a burden to anyone.
Mad respect for this hustle. If possible, please invite them to the podcast. Its such an inspirational story.
All the best guys!
Comments