top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Anak-anaknya yang meragam, pelanggan lain yang disuruh makan di rumah.


Baru-baru ini di Malaysia, seorang ibu @cikguayu_imtecer telah memuat naik video perkongsian tentang pengalamannya sewaktu di kedai makan bersama anak-anaknya. Beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap reaksi pelanggan lain tatkala anak-anaknya menangis dan meragam di kedai makan tersebut


Menurutnya, jelingan dan tenungan beberapa pelanggan di sekeliling terhadap anak-anaknya amat menjengkelkan. Malah, beliau menasihati agar para pelanggan menjamu di rumah sahaja sekiranya mereka tidak senang dengan situasi sedemikian.


cikguayu_imtecer


“Kalau ada anak kecil menangis, please lah tak payahlah pandang serong.

Kalau korang tak suka dengan suasana bising macam tu, boleh tak korang makan kat rumah je ?”




Acap kali jika kita menyantap di kedai makan ataupun restoran, gangguan daripada tangisan dan pekikan kanak-kanak bukanlah satu perkara luar biasa.


Belum tentu setiap yang hadir di sekeliling mampu untuk bersikap toleran dan faham akan keadaan kanak-kanak tersebut.


Namun, dalam situasi sebegini ibu bapa juga memainkan peranan - sama ada mereka pilih untuk membiarkan atau mengawal anak-anak mereka.


Video yang telah tular sejak 19 Februari telah meraih sebanyak 9 juta tontonan. Ia telah mengundang pelbagai pandangan daripada para netizen mengenai isu ini.



Netizen tidak puas hati pelanggan lain yang disuruh makan di rumah



Rata-rata, ramai yang tersinggung dengan kata-kata @cikguayu_imtecer yang menyuruh para pelanggan untuk membungkus makanan dan makan di rumah.



anwar ahmad


Seorang pengguna twitter @anwarrrrahmad berpendapat bahawa tidak sesuai untuk menasihati pelanggan lain untuk membungkus makanan dan makan di rumah. Menurutnya, pemuat naik video dan anak-anaknya yang patut beredar kerana telah mengganggu pelanggan lain di tempat awam.


“Benda simple, kalau rasa tak boleh nak control anak, bungkus makan kat rumah”



Respons yang “tidak mahu kalah” mengundang lagi serangan kecaman


Sehari selepas tularnya video itu, @cikguayu_imtecer tidak berpuas hati dengan kecaman netizen kepada dirinya.


@cikguayu_imtecer dan adik perempuannya @ctzu96 memuat naik 2 video baharu sebagai respons dalam ruangan Tiktok mereka.




Video-video yang dimuatnaikkan itu seolah-olah memerli netizen yang tidak sependapat dengan mereka sebelum ini.


anak anak



kecaman netizen

Akibat video-video yang dimuat naik itu telah mengundang kecaman yang bertubi-tubi daripada para netizen.



lavraa


“Dari video ini dapat agak juga parenting akak macam mana”




coment netizen


“Dari akak sampai adik nak menang ajerr ye”


Sikap tolak ansur dan bertanggungjawab daripada kedua-kedua pihak



Dalam menangani hal ini, ada sebilangan netizen yang memandang situasi ini dari sudut perspektif orang tengah.


Mereka menjelaskan bahawa para pelanggan yang berhadapan dengan situasi seperti itu harus bertolak ansur dan memahami bahawa itulah lumrah kanak-kanak.


Mereka turut berpendapat bahawa ibu bapa juga memainkan peranan untuk membendung tingkah laku dan kenakalan anak-anak mereka.

Menurut mereka, ibu bapa harus bersikap lebih bijak dan bertanggungjawab dalam mengawal anak-anak.



nuyulhuda



sarah yasmin




“Dua-dua pihak kena give and take”


“Kita ni duduk dalam masyarakat. Nak pusing pandang serong pasal budak-budak bising kenapa”




Namun, ada juga segelintir netizen yang menyebelahi pihak @cikguayu_imtecer dan adiknya.


Bagi mereka, tidak perlu dihiraukan pandangan dan jelingan orang di sekeliling ketika anak-anak sedang meragam di tempat awam kerana itulah lumrah kanak-kanak.



bonda aqil's aqillah



“Ala sis buat tak layan je..

Orang pandang-pandang, saya jegilkan mata balik kat dorang”

Instagram caption :



Sering kali jika kita menyantap di kedai makan ataupun restoran di luar, gangguan daripada tangisan dan pekikan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang luar biasa.


Baru-baru ini, seorang wanita @cikguayu_imtecer telah memuatnaikkan video perkongsian tentang pengalamannya sewaktu di kedai makan bersama anak-anaknya. Beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap reaksi para pelanggan yang tidak toleran tatkala anak-anaknya menangis dan meragam di sebuah kedai makan.


Menurut wanita itu, jelingan dan tenungan para pelanggan di sekeliling terhadap anak-anaknya amat menjengkelkan. Malah, beliau menasihati agar para pelanggan ini menjamu di rumah sahaja sekiranya mereka tidak senang dengan situasi sedemikian.


Isu ini mengundang reaksi ramai netizen. Sebilangan besar tidak berpuas hati dengan ungkapan @cikguayu_imtecer. Namun, ada juga yang membela dan menyebelahi pihak pemilik video itu.



Komentarze


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page