top of page
Writer's pictureLintah Darah

Ambil Gambar-Gambar Seram, Lelaki Ini Mempunyai Hobi Yang Cukup Unik!


Seseorang menggunakan topeng dan rambut palsu abu-abu membawa boneka seram

Gambar seram, boneka voodoo.

Gambar seram, bangunan terbengkalai.

Penggambaran menyeramkan.

seseorang menggendong boneka bayi menggunakan topeng badut

Hasil karya penuh misteri horror artist 23 tahun ini telah menarik perhatian rakyat setempat, lebih-lebih lagi setelah video-videonya di TikTok tular minggu lalu.


Apakah benar tempat-tempat yang dikongsikan wujud? Dan adakah terdapat pengaruh mistik di sebalik karya anak seni kelahiran Singapura ini?


Wartawan Plan B menemu ramah Tay Yuan Song, genius di sebalik kandungan-kandungan menggerunkan ini.

seseorang menggunakan topeng menyeramkan membawa boneka bayi

1. APAKAH YANG ANDA LAKUKAN SEBAGAI SEORANG HORROR ARTIST?


Buat masa ini, saya tertumpu kepada mencipta kandungan seram menerusi fotografi. Sewaktu sesi penggambaran, subjek saya memakai topeng kerana bagi saya, penggunaan topeng membantu dalam membentuk aura menyeramkan.


Subjek-subjek saya turut memegang boneka vintej kerana saya percaya boneka-boneka saya tidak pernah tidak menakutkan orang ramai.

tubuh manusia berkepala tikus

2. APAKAH YANG MEMBERI ANDA INSPIRASI UNTUK MENJADI HORROR ARTIST?


Pada dasarnya, saya gemar akan seni dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perkara seram kerana saya berpegang pada kekata, ‘art should comfort the disturbed and disturb the comfortable’.


Justeru apabila ditugaskan untuk membuat photobook sewaktu saya menuntut di Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) pada 2018, saya memilih untuk melakukan sesi penggambaran di tanah perkuburan.

lelaki menggunakan baju hitam membawa kamera

Semasa penghasilan photobook tersebut , beberapa rakan sekelas dan guru saya gentar dengan apa yang saya lakukan. Namun, saya tidak sama sekali terkesan akan reaksi mereka. Ketika itulah, saya sedar bahawa seni seram adalah perkara yang sangat saya gemari.


3. BAGAIMANAKAH ANDA TEMUI LOKASI-LOKASI TERBENGKALAI SEPERTI YANG DIKONGSI DI TIKTOK?


Saya enggan mendedahkan apa-apa mengenai tempat-tempat tersebut. Saya serahkan kepada para penonton untuk membuat andaian sendiri. Inilah seni.

4. PERNAHKAH ANDA BERADA DALAM SITUASI YANG MENYERAMKAN SEWAKTU BERTUGAS?


Definisi seram untuk saya agak berbeza. Apa yang normal untuk diri saya, tidaklah normal buat orang lain.

2 wanita menggunakan topeng menyeramkan

Kadang kala, rakan-rakan saya mengongsi bahawa mereka terdengar atau ternampak sesuatu sewaktu kami menjalankan sesi penggambaran. Oleh kerana saya sudah terbiasa, ia sukar bagi saya untuk rasa gerun.


Malahan kini, tiada apa yang boleh menakutkan saya.

seseorang menggunakan topeng dan membawa boneka bayi

5. ADAKAH MASA DEPAN SEBAGAI HORROR ARTIST CERAH DI SINGAPURA?


Menjadi seorang horror artist di Singapura tidak mudah kerana secara amnya, penduduk setempat merasakan karya saya terlalu menakutkan.


Ramai yang mengecam saya sehinggakan ada yang memanggil saya “gila” dan “weirdo”. Ada yang menyuruh saya untuk berhenti berkarya, malah ada juga yang menyangka saya sembah setan hanya kerana saya menghasilkan karya sebegini

menggunakan pakaian serba hitam dan menggunakan topeng menyeramkan

Untuk dua tahun pertama saya menjadi horror artist, tiada siapa pun yang menghargai karya saya. Meski demikian, ia tidak pernah melunturkan semangat saya untuk terus menghasilkan kandungan seram.


Hanya selepas beberapa tahun, ada yang mula menyokong dengan membeli karya saya menerusi Instagram (@tay_yuansong) dan menggunakan khidmat penggambaran saya. Ada juga yang menghulurkan dana agar saya dapat membiayai kos peralatan untuk sesi-sesi penggambaran.

seorang duduk di bawah menggunakan topeng membawa kepala babi tiruan

Saya berharap agar kisah perjalanan saya sebagai seorang horror artist dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terokai bidang ini tanpa menghiraukan pandangan orang lain.


Lagipun, saya rasa Singapura memerlukan lebih banyak kandungan seram!



Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page