Amalan Berpuasa Merupakan Rahsia Adik Beradik Ini Hidup Lebih 100 Tahun
Amalan berpuasa tiga bulan berturut-turut merupakan rahsia pasangan adik beradik dari Kampung Rengas, Kelantan, ini hidup lebih seabad.
Berkongsi kehidupan mereka bersama
Bernama, Munah Yunus, 115 tahun, dan Pah Yunus, 111 tahun, mendedahkan bahawa amalan berpuasa dari Rejab sehingga Ramadan sejak usia muda merupakan rahsia di sebalik umur lanjut mereka.
Munah Yunus, 115 tahun. Sumber: Bernama
Pah Yunus, 111 tahun. Sumber: Bernama
Tambah dua beradik ini, mereka turut berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis sehingga ke hari ini.
“Kami bersyukur kerana dikurniakan umur yang panjang,” kata Pah ketika ditemu ramah Berita Harian (Malaysia).
“Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, kakak saya sudah tidak lagi mampu untuk berpuasa berterusan selama tiga bulan dan hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadan sahaja kerana mudah mengalami keletihan.”
Munah sudah tidak secergas dahulu. Sumber: Berita Harian Malaysia
Selain mudah letih, Munah dan Pah, yang masing-masing sudah kematian suami, juga sudah tidak mampu berjalan akibat terjatuh dalam kejadian berasingan 10 tahun lalu sehingga menyebabkan tulang belakang mereka terjejas.
Dalam pada itu, kesihatan mereka juga kian merosot.
Difahamkan, Pah menghidap penyakit darah tinggi dan parkinson, manakala kakaknya pula nyanyuk dan tidak boleh melihat dan mendengar dengan jelas.
Walau bagaimanapun, komplikasi-komplikasi yang dihidapi tidak menjadi halangan bagi mereka untuk terus beribadah.
Munah tetap menjalankan ibadah meski tidak berdaya. Sumber: The Star
“Walaupun kami mengalami beberapa kekangan, termasuk fizikal yang sudah tidak seperti sediakala, kami berdua tidak pernah meninggalkan amalan wajib iaitu solat fardu lima waktu meskipun terpaksa menunaikannya secara duduk,” jelas Pah, seorang ibu kepada lima anak, nenek kepada 18 cucu dan motang kepada 36 cicit.
Secara rasmi, usia Munah dan Pah yang didaftarkan masing-masing 101 dan 97 tahun.
Namun berdasarkan tanda pada hujung nombor kad pengenalan mereka, usia mereka sebenarnya sudah menjangkau lebih 110 tahun.
Luahan Wartawan: Masyaallah! For their age, they’re actually pretty healthy. May all the neneks and atoks di muka bumi ni panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik seperti Munah dan Pah Amin (dibaca)
Listen to Plan B’s Podcast this week!
Comments