Allahyarham Alias Kadir Dalam Kenangan
Sumber: Facebook, Wadah Seni Entertainment
Pelawak tersohor Singapura, Alias Kadir, disahkan meninggal dunia pada 7:53 pagi tadi (28 Jun) di Hospital Universiti Nasional (NUH).
Allahyarham, 58 tahun, menghidap kencing manis sejak 2017, lantas mengakibatkan kaki kirinya dibedah pada Ogos tahun itu.
Sumber: Facebook, An-nisa Rahim
Awal bulan lalu pula, kaki kanan artis veteran ini dipotong akibat gangren yang teruk sehinggakan Allahyarham dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dua kali sepanjang tempohnya di NUH.
Namun demikian, punca kematian belum disahkan.
PEMERGIAN YANG AMAT DIRASAI
Susulan perkongsian berita pemergian arwah, artis-artis setempat menyuratkan takziah mereka di wadah media sosial masing-masing.
Sumber: Instagram, Suhaimi Yusof
Sumber: Instagram, khairudinsamsudin
Mengimbau kembali saat-saat manis bekerjasama dengan Allahyarham, pelakon Nick Mikhail berkata, beliau tidak akan lupa detik bernyanyi bersama arwah sewaktu sesi busking pada Ramadhan lalu.
Nick turut menyifatkan pemergian arwah sebagai sebuah kehilangan besar buat tanah air Singapura.
“Rehatlah Alias. Kita akan ketemu kembali. Kita sayangkan kamu dan akan sentiasa mengingati kamu,” kata Nick.
Sumber: Instagram, Nick Mikhail
Bekas Anggota Parliament Encik Amrin Amin, yang mengingati arwah sebagai seorang insan yang sering ceria dan berhati mulia, turut terkesan atas pemergiannya.
Sumber: Instagram, Amrin Amin
PERMATA YANG GUGUR
Allahyarham Alias Kadir mula bergiat dalam arena seni pada tahun 1986 setelah menjuarai pertandingan Sriwana Comedy Drama Festival.
Allahyarham Alias Kadir (kanan) bersama teman seperjuangannya, Mahadi Shor.
Sejak itu, Allahyarham tidak putus-putus mengukirkan senyuman pada raut penduduk Singapura.
Allahyarham membuat kemunculan terakhirnya di kaca televisyen pada Ramadhan tahun ini dalam siri Bubur Masjid Air Katira.
Podcast Plan B minggu ini!
Commentaires