Allahuakbar, Juara Angkat Berat Latvia Memeluk Agama Islam, Kini Berhijab
Juara angkat berat Latvia, Rebeka Koha, memuat naik gambar memadankan pakaian Muslimah dan hijab bersertakan pengumuman bahawa dia telah memeluk Islam.
“Pada 3:48 petang (27 Julai) saya mengucapkan Shahada dan memeluk Islam. Dari sini, saya percaya bahawa babak kehidupan baharu dan indah buat saya akan bermula,” tulis Rebeka di Instagram, tiga hari lalu.
“Terima kasih kepada mereka yang menyokong dan berada di sisi saya tidak kira situasi. Alhamdulillah, saya doakan yang terbaik dan semoga Tuhan merahmati anda semua.”
MOHON DIHORMATI
Dalam pada itu, dia turut menggesa para pengikutnya untuk “memberi hormat” dan “lebih baik berdiam jika tidak ada benda baik yang hendak diperkatakan.”
Selain itu, wanita 22 tahun ini juga memohon kepada orang ramai agar jangan memuat naik atau berkongsi gambarnya yang tidak menutup aurat.
Gambar-gambar sebelum ini turut dipadamkan daripada laman Instagramnya.
DEMI CINTA
Jelas Koha di Instagram, antara faktor yang mendorongnya untuk memeluk Islam ialah bakal suaminya, Moaz Mohamed Ibrahim.
Menjawab persoalan pengikutnya, Koha, yang mengekalkan nama aslinya berkata:
“Pertama sekali ialah sebab bakal suami saya. Apabila kami mula bertemu, saya pelajari banyak tentang Islam.
“Disebabkannya, saya dapat selongkar banyak kebaikan dan antaranya adalah ketenangan dan kegembiraan. Jadi, saya rasa memang patut saya memeluk Islam.”
Koha dan Ibrahim, seorang pelempar cakera Qatar, mula berkenalan lapan bulan lalu, ketika bertemu di sebuah pertandingan.
Pasangan ini telah mengumumkan pertunangan mereka pada awal Mei.
Comments