Aliff Aziz Tujukan Lagu ‘Taubat’ Buat Persatuan Jamiyah Yang Telah Bantu Proses Rehabilitasi
Dibelenggu skandal sejak 2017, penyanyi-pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz, kini sudah bersedia untuk cuci tangan dan buka buku baharu.
Seperti yang kedengaran dalam single terkininya — Taubat — pemenang siri Anugerah 2007 ini menyingkap kembali khilafnya:
“Aku akui…aku sedari…
Dunia membutakanku
Karena harta…karena nama..
Aku melupakanmu
Karena nafsu aku dihanyut
Karam di lautan dosa”
Dan meluahkan hasrat untuk menebus dosanya dan kembali ke jalan yang benar:
“Kini aku sujud menghadapmu
Ku ingin kembali padamu
Tuhanku sesungguhnya ku manusia
Penuh dosa ampunilah terimalah taubatku…”
BERTERIMA KASIH
Memetik perkongsian Aliff di Instagram, lagu tersebut — yang ditulis dan digubah Yazri Malik — ditujukan buat persatuan Jamiyah Singapura yang telah membantunya dalam proses rehabilitasi sejak tahun lalu.
Beliau turut menyifatkan single tersebut sebagai “lagu yang dekat di hati”.
Sumber: Instagram, Aliff Aziz
REAKSI WARGANET
Susulan keluaran single Aliff di YouTube dan Instagram kurang seminggu lalu, lagunya telah meraih lebih 26 ribu likes secara kolektif berserta komen-komen positif.
Warganet rata-rata memuji alunan dan penghayatan penyanyi 29 tahun ini.
Komen di YouTube (Yazri Malik Records)
Komen di Instagram (@iamaliffaziz)
Peminat-peminat setianya pula mendoakan agar hubungan bersama isterinya, Bella Astillah, berkekalan dan berharap agar beliau kembali ke persada seni.
Komen di YouTube (Yazri Malik Records)
Komen di Instagram (@iamaliffaziz)
Personaliti-personaliti tanah air, Nick Mikhail dan Aura Shai, juga merakamkan sokongan mereka terhadap Aliff.
Komen di Instagram (@iamaliffaziz)
KEMBALI TERJALIN
Di samping hijrahnya, segala kemelut antara Aliff dan Bella juga nampaknya sudah terlerai memandangkan Aliff telah kembali ke Malaysia untuk bersatu semula dengan keluarganya setelah dua tahun terpisah.
Buat Aliff, semoga istiqomah dan bahagia selalu.
Luahan wartawan: Alhamdulz. Everyone sins and deserves a chance to repent and grow out of bad habits. May this be a start to a better life for him and his family and an inspiration buat sesape di luar sana. Tahniah Aliff. Jangan relapse ye nyah.
Podcast Plan B minggu ini!
Comentarios