Aliff Aziz Kembali Ke Malaysia Untuk Bersama Dengan Isteri Dan Anak-Anak Setelah 2 Tahun Di Singapur
Aliff Aziz akan pulang ke Malaysia untuk hidup bersama isteri, Bella Astillah dan anak-anaknya setelah 2 tahun tersangkut di Singapura.
Beliau belum bertemu dengan anak keduanya sejak dilahirkan. Dalam beberapa IG story yang dimuat naikkan memaparkan perjalanan berangkat ke Malaysia bertemu dengan keluarga tersayang.
Menurut laporan Mstar yang memetik perkongsian ibu tersayang Aliff Aziz, memang berat hatinya untuk melepaskan anaknya pergi namun beliau memahami tanggungjawab Aliff yang harus dipikul sebagai suami.
“Hari ini saya mengucapkan selamat tingga kepada anak saya. Alhamdulillah selepas hampir dua tahun, akhirnya dia kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.” “Walaupun berat untuk melepaskan, kami faham tanggungjawabnya untuk bersama keluarga adalah lebih penting.”
Puan Hafiza juga mendoakan agar anaknya menjadi insan yang lebih baik dan menjaga diri serta keluarga dengan sebaiknya.
Warganet mengambil kesempatan untuk memberi kata-kata pujangga buat Aliff Aziz yang dikenali dengan perangainya.
Dah kata ibu kan, anak tetap anak walau macam mana pun tabiat dia.
Tapi yang ni, paling win.
Walau apa pun, kami di Plan B mendoakan yang terbaik buat Aliff dan keluarga.
Luahan Wartawan: Wei, aku dah tak boleh nak cakap apa-apa dah.
Tengok ruang komen je dah cukup, habis Aliff kena basuh.
Tapi betul jugak apa dorang cakap tu, orang doakan yang terbaik buat kau, janganlah pulak kau “terduakan” bini kau lagi. Kesian dia.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments