ALHAMDULILLAH! Neelofa Selamat Bertunang Dengan PU Riz, Bakal Berkahwin Tahun Depan
Neelofa sudah selamat bertunang? Begitulah desas-desus setelah astroawani melaporkan acara merisik telah disempurnakan.
Menurut laporan AstroAwani, majlis sederhana itu hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua bakal mempelai itu.
Neelofa yang baru sahaja berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda beliau sudah disunting, menurut sumber keluarga pasangan tersebut.
Ibu Neelofa, Datin Kartini memuat naikkan luahan hatinya dalam posting Instastory
Menurut sumber itu lagi, segala hal perancangan perkahwinan termasuk hantaran diserahkan pada pasangan mempelai itu yang bakal diijabkabulkan pada akhir Mac 2021.
Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.
Namun mereka tidak pernah menafikan atau mengiyakan status perhubungan mereka berdua
Pihak media masih lagi menunggu posting official dari kedua-dua bakal mempelai itu namun tetap tahniah kami ucapkan buat Neelofa dan PU Riz. Moga-moga dipermudahkan segala urusan.
Luahan Hati Wartawan: Alhamdullilah. Jumpa juga jodoh akhirnya Neelofa.
Cuma aku harapkan satu je. That it was truly her decision for the changes she’s been through lately. Tu je aku nak cakap.
Pandai-pandai korang la nak interpret macamana.
Comments