top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Al-Afsana Tak Halal, Diminta Turunkan Ayat-Ayat Al-Quran


Al-Afsana Tak Halal

Sumber: Facebook

Kedai makan Al Afsana Restaurant hangat diperbualkan dalam masyarakat Melayu/Islam Singapura setelah mendapati bahawa gerai berkenaan — yang mempunyai nama ala-ala Islamik dan ditampal dengan ayat-ayat Al-Quran — sebenarnya tidak mempunyai sijil halal.


Hal ini pada mulanya dikemukakan di Facebook oleh beberapa pengguna.

Hal ini pada mulanya dikemukakan di Facebook oleh beberapa pengguna

Sumber: Facebook


Dan mula meraih lebih banyak perhatian susulan perkongsian laman Instagram The Halal Food Blog.


Menukil kapsyen laman tersebut minggu lalu, ia didapati bahawa:

  1. pemilik kedai, yang telah pun meninggal dunia, tidak beragama Islam;

  2. mendiang tidak pernah berkata gerainya disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS);

  3. mendakwa bahan-bahan masakan dibeli daripada sumber halal;

  4. dan mengakui kadang kala, pelanggan ‘keliru’ tentang status halal gerai tersebut.

Ironiknya, mendiang yang didakwa penganut Hindu, juga didapati mempamerkan ayat-ayat Quran di sekitar kedainya.


Baca pos penuh:

REAKSI WARGANET


Berang dengan kelakuan tidak bertanggungjawab pemilik kedai di Hougang Ave 8 itu, warganet mula menggesa MUIS untuk mengambil tindakan ke atas gerai berkenaan.

juwita_banks
skinnienewbie
mohamedreski
dhilnasir
evybaskara

RESPONS MUIS


Menjawab keraguan masyarakat setempat, MUIS memaklumkan bahawa gerai tersebut ternyata tidak mempunyai sijil halal dan tidak dalam proses untuk memohon pensijilan halal.

MUIS

Sumber: MUIS


Justeru, pihak MUIS tidak dapat menjejak usul bahan masakan dan jikalau gerai tersebut menggajikan pekerja Muslim.


Di kesempatan itu juga, MUIS memesan umat Islam setempat untuk lebih peka sewaktu membeli makanan:


“Kami ingin menekankan bahawa nama-nama Arab dan ayat-ayat Al-Quran di gerai-gerai makan tidak mengesahkan bahawa pemilik kedai merupakan orang Islam.”


MUIS turut mengingatkan pemilik kedai makan agar jangan menamakan atau mempromosikan gerai mereka dengan cara yang boleh memperdaya pelanggan.


“Marilah sama-sama fahami dan hargai budaya dan agama masing-masing dan elak daripada menimbulkan salah faham.”

Marilah sama-sama fahami dan hargai budaya dan agama masing-masing dan elak daripada menimbulkan salah faham

Al Afsana Restaurant menyatakan mereka akan menukar nama gerai dan membawa turun semua ayat-ayat Al-Quran.


Luahan wartawan: Tahap marketing yang luar biasa. Kebelakangan ni banyak pulak kedai makan yang step halal. Kalau nak track down satu-satu, takkan habis rasanya. Jadi kita sebagai pelanggan kenalah berwasapadalah.


Kalau business owners nak cheat, biarkanlah dorang tu. Nanti dapatlah balasan. Settle.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page