Aku Tak Takut Kalau Viral!
Disebabkan gangguan sistem, sebuah pergaduhan berlaku di cawangan Burger King di Ang Mo Kio.
Menurut Patrick Tan, yang memuat naik video pergaduhan tersebut di Facebook, perbalahan tersebut berlaku antara krew Burger King (BK) dan seorang penghantar makanan yang bengang kerana sudah lama menunggu gilirannya.
Namun, berdasarkan perbualan dalam video, tukang rakam seperti lebih marah terhadap krew BK daripada gangguan sistem yang berlaku.
TUDUH KREW BK BIADAB
“Perangai apa ni macam gini? Sistem kau down bukan masalah aku kan?” herdik tukang rakam sambil mengambil video krew BK.
Bingit, krew BK berkenaan menyuruh tukang rakam untuk mendekati dirinya supaya mereka boleh bergaduh secara ‘one-on-one’.
“Kau datang sini ah”
Bahkan, krew BK tersebut juga membuka pelitup muka untuk menunjuk wajahnya.
Seperti yang terpapar, pelitupnya tergantung di telinga dan mulutnya jelas kelihatan.
Secara tidak langsung, krew BK memberikan ‘vibe’ yang menunjukkan bahawa dia tidak gentar untuk bergaduh dan dia bukanlah punca di sebalik perbalahan itu.
Malah, krew BK turut berkata:
“Tengok muka aku. Aku tak takut kene viral ah eh,” sambil berjalan ke arah dapur.
Tukang rakan pula disuruh untuk ‘relax’ oleh para pekerja BK dan penghantar makanan yang lain.
Akan tetapi, tukang rakam kekal rakus dan menjerit:
“Tak ni bukan salah kau. Ni pasal perangai dia kau tau tak? Aku nak ambil gambar, nak feedback dekat Grab sebab sistem down tapi masih boleh ambil order. Tapi asal dia mengamuk? Aku tak salahkan siapa-siapa pe. Kau tengok ah perangai dia. Dia nak gaduh dengan aku.”
DICABAR UNTUK TUNJUK MUKA
Tiba-tiba, krew BK muncul kembali dan berkata:
“Kau make sure kau viralkan video aku. Kau tunjuk muka aku. Ambil sekali ah nama aku!
“Asal kau tak tunjuk muka kau sekali? Kau takut pe?”
Cabaran tersebut ditolak tukang rakam.
Seterusnya, tukang rakam mula bertutur dalam bahasa Cina.
REAKSI WARGANET
Sejak video tersebut dikongsi enam jam lepas, ia telah mendapat 3.7 ribu kongsian.
Warganet rata-rata tidak menyokong tidakan terburu-buru tukang rakam.
Konteks sebenar video kurang jelas. Semoga krew F&B dan para penghantar makanan diberikan kesabaran.
Luahan wartawan: Aku tak faham ah kenapa kena record record. Boleh behave tak? Boleh sabar tak? Aku tak rasa abang BK mengamuk sebab dia nak ambil gambar untuk feedback. Sebab kalau betul dia setakat nak feedback, dalam video tu he would’ve said:
“Bro listen I want take video to feedback about system. I’m not here to fight.”
Suspect kuat dia ada cakap something yang buat abang BK trip.
But whatever the situation is, tolak ansur lah sikit. Time-time gini semua orang harapkan delivery services. Kalau kau jenis tak boleh sabar, tak boleh work under pressure, then cari kerja lain lah. Gaduh-gaduh won’t solve anything. Government ban delivery baru tau….
Comments