top of page
Writer's pictureChap Chai

“Aku Tak Hilang, Jangan Cari Aku!”


Jangan Cari Aku
Nur Shazulfirda

Sesungguhnya memfitnah lebih berdosa daripada berzina — Nur Shazulfirda, 2020

Nur Shazulfirda Zulkeplee, 19 tahun, yang dilaporkan hilang pada 11 Mac, telah memaklumkan bahawa dia ‘bukanlah atau bukan lagi orang hilang’ menerusi Facebook menyusuli penutupan kes tersebut.


Pos yang dimuatnaikkan pada 20 Mac sekitar 3 pagi menjelaskan bahawa Nur berpendapat ‘ibu bapa tidak mempunyai hak atas tempat tinggal seorang remaja yang berusia enam belas tahun ke atas’.


Tambahnya, berdasarkan hasil kajiannya, remaja yang dikatakan hilang juga boleh ‘menukar status hilang kepada tidak hilang’ jika polis mendapati remaja tersebut berada dalam keadaan selamat.

Kajian yang dilakukan turut dilampirkan dalam pos tersebut.

Kajian yang dilakukan turut dilampirkan dalam pos tersebut.


Dalam pada itu, Nur turut meluahkan amarahnya terhadap warganet yang menuduhnya sebagai perempuan murahan.

The Straits Times

Sumber: The Straits Times


Barang siapa yang berkata Nur ‘di tangga’, nescaya hidupnya akan ditimpa mala petaka.


“Kepada yang komen ‘mesti kat tangga’, ‘mesti dengan jantan’, aku sumpah demi Allah aku tak akan maafkan orang yang menghukum atau menghina orang lain tanpa memeriksa latar belakang orang tersebut.


“Aku sumpah, sumpah tak akan maafkan orang yang acah baik, mengalahkan malaikat. Yang step tahu kisah hidup aku. Especially yang MENUDUH.


“Sebelum kata-kata aku terbalik (terkena) dekat korang, baik doa banyak-banyak agar korang sekeluarga dilindungi,” bidas Nur dengan sumpahan keramat.


Malah, dia turut menyidir orang ramai yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya setelah menyepi buat sekian lama.


“Kepada korang yang cari aku, tak payahlah risau. Tiber macam ramai sangat orang kisah eh,” ejek Nur, yang menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita berdikari.

Nur Shzlfrda
Warm regards Nur shazulfirda

Pos asal


Namun demikian, warganet rata-rata berpendapat bahawa Nur terlalu muda untuk menyara kehidupannya sendiri dan patut bersyukur kerana keluarganya menantikan kepulangannya.

Hanafiz Raphael
Aidah Samat
Yaya Ameer

Bahkan, golongan dewasa yang menyuarakan pandangan tentang hal ini juga menasihati Nur untuk pulang kerana kehidupan di bawah jagaan ibu bapa lebih ‘mudah’ daripada hidup bersendirian.

Nur Shahirah
Nor Hazirah Ishak
Aidil Hareez

Newsdesk sedang menantikan penjelasan lanjut daripada Nur. Pihak keluarga tidak dapat dihubungi.


Luahan wartawan: Lah…Kalau tak happy dengan family pun, tak payahlah lari rumah, beb. Kalau you masih dengan family, sekurang-kurangnya, makan, minum, tempat tidur you semua dah settle. How long can you survive outside?


Mari buat kira-kira. Considering you live a simple life,


For food, 1 day = 3 meals


3 meals x $5/meal = $15/day on meals


$15 x 30 = $450/month


For transportation, $50/month.


For necessities like pad, make-up, toiletries,  $100/month.


Nak dating dengan boi lagi or lepak dengan members, $150.  Handphone bill, $80. Kalau the place you’re staying kena payah ‘rent’ let’s say $50, total each month you kena keluarkan $880.


Kalau kerja part time pun, your gaji each month cukup makan jer. Abeh takkan takde savings? How to last for months kat luar? What about your future?


Balik jer lah…Kalau bingit, just tell yourself ‘Nevermind I only have to stay here for a few more years. I shall study hard, get a proper job and when I have enough money to afford a house and get married, I’ll leave this place.’


Kalau rumah ada problems like abuse, sexual harassment ke apa, report it to the police or mana-mana social service. Settle the issue so you can live in peace. Running away causes more problems.


Tapi kalau setakat your parents set curfew or tak kasi freedom, pandai-pandailah sneak out ke apa. Tak payahlah sampai lari rumah nyah oi.


Muhasabah diri. Sekarang pun tak safe sebab tengah COVID-19. Pulanglah…

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page