top of page
Writer's pictureLintah Darah

Aku Kagum Dengan Melayu


Aku Kagum Dengan Melayu

“Aku kagum sekali dengan perilaku orang Islam Singapura,” ujar Ganesh Sundram di Facebook.


Petang semalam (16 Mei), penganut Hindu tempatan ini telah mencatatkan ketakjubannya terhadap masyarakat Melayu/Islam Singapura yang tidak gentar walaupun tidak dapat menyambut Ramadhan dan Syawal seperti biasa.


PANDANGAN GANESH TERHADAP MELAYU/ISLAM SETEMPAT

Business Insider Singapore

Sumber: Business Insider Singapore


Meskipun masjid ditutup, bazar Hari Raya ditiadakan, sambutan Hari Raya tidak seperti tahun-tahun sebelumnya dan ibadah Haji ditunda, Ganesh berkata orang kita tidak banyak mulut.


“Aku tak pernah dengar atau nampak pun mereka merungut.


“Mereka berdiam sahaja dan meneruskan kehidupan seperti biasa,” catat Ganesh.

Mereka berdiam sahaja dan meneruskan kehidupan seperti biasa

“Aku tak pernah saksikan semangat bersatu padu, ketaatan, kesefahaman, kesabaran dan kematangan sebegini,” tambahnya.


Bahkan, dia membandingkan bangsa Melayu/Islam dengan kaum-kaum lain, termasuk kaumnya sendiri.


“Kalau aku kena sambut Deepavali macam ni, aku mesti dah ‘menghanjing’.


“Kaum Melayu telah menunjukkan bahawa tiada manfaatnya bersungut tentang perkara-perkara kecil.”

Kaum Melayu telah menunjukkan bahawa tiada manfaatnya bersungut tentang perkara-perkara kecil.

REAKSI WARGANET


Susulan perkongsiannya, pos tersebut telah mendapat 2.1 ribu kongsian dan hampir 200 komen.


Ada yang berkata, sebenarnya ada orang Melayu yang tidak puas hati dengan keputusan pemerintah.

Faizah Zainal
Zari Kukubert
Airwan Nain Sardi
Marully Au

Dan yang dikatakan mereka terbukti benar:

danny



Akan tetapi, kebanyakan warganet memilih untuk mengucapkan terima kasih atas kekata semangat Ganesh.

kebanyakan warganet memilih untuk mengucapkan terima kasih
Aurangzeb BM
kekata semangat Ganesh


KEBIASAAN RAMADHAN DAN SYAWAL


Selalunya pada waktu begini, Geylang Serai dan Joo Chiat Complex dikerumuni orang kita yang sibuk mencari pakaian dan perabot baharu untuk Hari Raya.

Tidak kira cuaca atau hari, Joo Chiat Complex sering sesak.

Sumber: Flickr


Tidak kira cuaca atau hari, Joo Chiat Complex sering sesak.


Suasana di bazar serata negara juga pastinya riuh-rendah dengan celoteh pegerai dan pelanggan, berlatarkan lagu-lagu lebaran.

Suasana bazar Geylang Serai pada tahun-tahun lepas

Sumber: TODAY Online


Suasana bazar Geylang Serai pada tahun-tahun lepas.


Masjid-masjid juga tidak kurang sesaknya dengan umat Islam yang berhasrat untuk menebus dosa-dosa silam dengan melakukan tarawih dan qiyam.

Tarawih di Masjid Yusof Ishak pada malam Ramadhan pertama 2017.

Sumber: Straits Times


Tarawih di Masjid Yusof Ishak pada malam Ramadhan pertama 2017.


Namun, disebabkan COVID-19, masjid ditutup, operasi bazar dan pusat beli-belah disekat dan yang paling dahsyat sekali, sanak saudara tidak dibenarkan untuk bertemu.


Dan untuk makluman semua, umat Islam Singapura tidak dibenarkan untuk mengunjungi keluarga semasa Hari Raya tahun ini.


Dalam erti kata lain, Hari Raya is cancelled.


Luahan wartawan: Ganesh pandai buat kawan. Dia cuma associate with those yang redha selalu dan positive.


Tapi actually ramai kan yang lowkey sedih sebab tak boleh beraya? Cuma kita tak openly talk about it because we know it’s selfish for us to be complaining in the middle of a pandemic. Lagipun kalau cakap, nanti ada jer orang yang kata ‘yelah tapi kan sekarang tengah COVID.’


Aku tau lah, sedih. Aku cakap jer.


Tapi takpelah. Masih ada next year, next next year dan next next next next next next year. Insyallah.


Sekali kiamat eh. Sedih.



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page